OHSEM PEOPLE!!

Advertisement

Jan 31, 2012

Ayam Bakar Wong Solo

Hai, jom kali ni kita cuba makan dekat Restoren Ayam Bakar Wong Solo. Kalau korang nak tau, restoren ni sebenarnya berasal dari Indonesia. Dan di sana ianya lebih dikenali dengan nama Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo. Motto yang disampaikan restoren ini iaitu Ayam Bakar Wong Solo Halalan Tayyiban, di mana pemiliknya cuba mengetengah konsep Islam melalui rumah makan yang dikelolakannya. Nak tahu mengenai sejarah Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo? Korang boleh baca dekat sini ---> http://www.wongsolo.com/tentang.php?nama=profile

Apa yang istimewanya pasal Ayam Bakar Wong Solo ni? Of course lah sebab makanannya kan? Pada pendapat i, bila sekali korang dah cuba makan dekat sini mesti berkali-kali nak datang lagi (tak percaya cakap i? Hah... kenalah pergi, baru korang tau macam mana sedapnya). Ikutkan menu yang dihidangkan sama je macam kebanyakan restoren ayam penyet yang lain. Cuma pilihannya lagik banyak sebab korang boleh buat order tambahan ala-carte contohnya macam Nasi Goreng Biasa, Emping, Gado-gado, Cah Kangkung, Balado Petai, Ayam / Daging Lada Hitam, Pecel Lele (ikan keli goreng rangup), Ulam dan lain-lain lagi. Harganya berbeza-beza untuk setiap hidangan ala-carte ni tapi pada i masih lagi reasonable (maksudnya kategori harga munasabah yang tidak menjerut leher kita bila lepas makan. Hehe).

Kalau korang nak makan dalam keadaan jimat (save budget gitu), korang pilih je makanan yang jenis set macam Set Ayam Penyet, Set Ayam Bakar, Set Empal Sapi dan Set Pecel Lele. Setiap set merangkumi nasi putih, balado terung (terung goreng berlada), tempe goreng, tahu goreng, salad dan air mineral sejuk. Harga untuk set ini cuma RM10.90 je (yeay! Berbaloi-baloi kan?). Untuk menambahkan kelazatan makanan yang korang pilih, biasanya dorang akan sediakan kicap cili api dan sambal. Hah, part sambal dekat Wong Solo ni memang favourite i habis. Kadang-kadang makan sambal tu sampai macam orang menangis. Tapi tangan tak nak berhenti nak tambah lagik. Hehe.

Nak tau apa lagik yang i suka dekat Restoren Ayam Bakar Wong Solo ni? I paling suka minuman jusnya. Dua jus yang selalu menjadi pilihan untuk i order ialah Jus Alpukat (Avocado) RM6.00 (siap ada campur coklat cair) dan Jus Jagung Sakinah RM5.50 (ahh... terbaik! Hehe).

Teringin nak pergi ke cawangan Ayam Bakar Wong Solo? Ok, cepat salin alamat dekat bawah ni.

No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor
No. Telefon : [03] 55111835

No. 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9
Jalan Medan Pusat Bandar 4A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. Telefon : [03] 89253414

No. G-18 & 19, Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
68000 Ampang,
Selangor
No. Telefon : [03] 42701947

No. 57, Jalan Raja Alang
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
No. Telefon : [03] 26911680

No. 37, Jalan Sentosa Villa 1/1
Taman Sentosa Villa
Kajang
(Belakang Hospital Kajang)
No. Telefon : [03] 8734 4728

No. 25 & 27, Dataran Dwitasik, Jalan Dwitasik 1
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
56000 Kuala Lumpur
No. Telefon : [03] 9171 1143

Dibuka dari hari Isnin hingga Ahad.
Pukul 11:30 pagi hingga 11:30 malam.

Buat masa ni, i dah pernah pergi dua cawangan Ayam Bakar Wong Solo iaitu dekat Taman Dagang dan Kampung Baru. Kedua-dua cawangan ni memuaskan hati i dari segi layanan dan kebersihan kedainya. Kemudahan tandas dan tempat bersolat juga ada disediakan. Menariknya macam dekat cawangan Kampung baru, korang boleh telefon mereka untuk bungkus makanan apa yang korang nak order. Macam mana pun Wong Solo tidak menyediakan perkhidmatan delivery tau, so korang kenalah ambil sendiri. Agak-agak kalau korang nak buat makan-makan dekat office tu, sesuailah telefon Wong Solo ni.

Ok, jom tengok gambar i yang kelaparan. Bismillahirrahmanirrahim....

Set kegemaran i ialah Set Ayam Penyet

Nak lepak-lepak sambil makan bersila pun boleh tau dekat sini.
Hubby i suka Set Ayam Bakar
Inilah Jus Jagung Sakinah (yummy!) 


p/s : Ayam Bakar Wong Solo membuktikan makanan simple pun boleh jadi sedap. Hoorey!


Jan 30, 2012

Kelebihan Sarapan Pagi

Tahukah korang banyak kelebihan dengan pengambilan sarapan pagi setiap hari. Kajian menunjukkan dengan mengambil sarapan setiap pagi seseorang itu akan jadi lebih bijak, langsing (confirm ramai yang nak ni) dan sentiasa berfikiran positif.

Ini kerana badan kita memerlukan gula dan glukos dalam darah sebagai penyumbang kepada tenaga dan aktiviti yang diperlukan. Paras gula di dalam darah kebiasaannya menjadi rendah selepas kita bangun daripada tidur. Dan ketiadaaan pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang, sukar untuk badan kita kembali cergas dan aktif.

Pilihlah menu sarapan yang mengandungi fungsi karbohidrat seperti bijirin yang penuh dengan serat yang tinggi kerana ianya akan membantu membakar kalori yang berlebihan dan ditukarkan kepada tenaga untuk badan dan otak bekerja sepanjang hari. Patutlah i selalu rasa bersemangat pagi-pagi (eceh ceh... hehe). Mereka yang meninggalkan sarapan pagi hanya untuk menjadi kurus, kebiasaannya cenderung memilih corak makanan yang tidak sihat dengan kadar kalori yang berlebihan. Ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik jika dilakukan untuk jangka masa panjang.

Sebagaimana pentingnya pengambilan sarapan pagi untuk orang dewasa, begitu juga untuk kanak-kanak. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka mendapat keperluan gizi yang seimbang setiap hari dengan mengikuti rangka piramid makanan. Kanak-kanak yang mendapat sepenuhnya keperluan zat harian mereka kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus, menunjukkan kemahiran kognitif yang lebih baik dan kebarangkalian mendapat kemurungan lebih rendah. Maksudnya kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi akan bergerak lebih aktif, ceria dan dapat menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi.

sumber info daripada : 



Sekarang dah tahukan kelebihan sarapan pagi? Jom kita mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Macam i dan hubby baru-baru kita orang habiskan masa bersarapan dekat McDonald's. Selalunya untuk hari-hari kerja, i kerap breakfast biskut, kellogg's cornflakes dengan susu dan roti yang disapu peanut butter atau jem je sebab kesuntukan masa. Tapi kali ni, kita orang tukar selera dengan makan dekat luar. Kebiasaannya pada hari biasa, harga bagi set sarapan di McDonald's (Weekday Breakfast Special) dengan pilihan kopi atau teh jadi lebih murah iaitu hanya serendah dari RM4.00 sahaja (bestkan?). So, untuk sarapan pagi tu, i pilih Sausage McMuffin with Egg dengan pilihan airnya ialah teh. Set sarapan i ni berharga RM4.70. Untuk minuman (coffee and tea), korang boleh refill (isian semula) secara percuma seberapa banyak kali yang korang suka (syoknya!).

Nak tahu apa lagik set menarik untuk Weekday Breakfast Special? Korang klik dekat sini ok --->http://www.mcdonalds.com.my/highlights/weekdaysbreakfastspecial.asp.

Menu sarapan di McDonald's bermula seawal 4:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:00 pagi. Kalau korang terlewat tiba selepas pukul 11:00 pagi, menu sarapan pagi McDonald's telah ditukar kepada set value meal yang biasa tu. Takpe, jangan sedih-sedih.... besok boleh datang lagi. Takpun, telefon aje McDonald's sebab McDoland's juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi set sarapan pagi McDonald's (yeay!), dail aje 1300-13-1300 (McDelivery). Hah, kan senang tu.


Kata kawan-kawan, gambar i yang ni dah macam model McDonald's (eh, ye ke?). McDonald's sila bayar saya. Haha


p/s : korang suka sarapan apa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails