Blogger templates

Aug 19, 2010

Resepi : Sardine Roll a.k.a Sardin Gulung a.k.a Karipap Sardin

Mesti korang kata banyaknya version nama 'sardin' yang aku letak tu. Haha~kalau korang rasa nama yang aku bagi ni macam tak kena je dengan resepi dia, korang pun boleh bubuh apa-apa nama yang korang suka. Yang penting intipati dia sebenarnya berkaitan dengan 'Sardin' :)

Actually resepi ni aku jumpa dekat suratkhabar Metro bertarikh 18hb Ogos 2010 (Rabu). Mula-mula tengok resepi ni, aku macam tak percaya, betul ke boleh jadi mcam ni? Apataknya, selalunya kalau kita buat karipap atau sardine roll ni, benda pertama yang aku rasa paling leceh nak buat ialah part kena uli tepung dengan marjerin. Perghh~paham-paham jelah nak uli tepung bukannya senang. Silap teknik menguli, confirm karipap atau sardine roll korang tu jadi keras semacam. Tapi yang bestnya untuk resepi ni, korang tak payah uli tepung bagai tapi korang cuma guna Roti je sebagai kulit dia. Hah~suspen tak? Nak tau kisah selanjutnya. Jom masuk dapur aku :)

Bahan-bahannya:
  1. 1 bungkus Roti Gardenia / Roti Hi-5 bersaiz biasa (potong kulit sekelilingnya)
  2. 1 biji bawang besar (dipotong halus-halus)
  3. 2 ulas bawang putih (dipotong halus-halus)
  4. 1 batang cili merah (dipotong halus-halus)
  5. 1 tin Sardin bersaiz besar (aku suka guna cap Ayam)
  6. 1 biji kentang (dipotong dadu)
  7. 1 sudu besar mentega (untuk tujuan menggoreng sardin dan bahan-bahan yang terlibat)
  8. 1 biji limau nipis (nak letak boleh, tak letak pun tak apa. Untuk resepi ni aku tak letak pun :))
  9. Garam dan ajinomoto secukup rasa

Bahan-bahan untuk pes tepung (gaulkan kedua-dua bahan, tujuannya digunakan sebagai pelekat pada roti)
  1. 2 sudu besar tepung gandum
  2. 3 sudu besar air
Cara-caranya: 

1. Rata atau leperkan permukaan Roti Gardenia / High 5 dengan menggunakan rolling pin. Kalau nak tekap guna corak-corak comel lepas dah leperkan tu pun boleh jugak *ikut kreativiti korang*
 
2. Sediakan bahan-bahan untuk menggoreng. Bawang besar, bawang putih, cili merah dan kentang.

3. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar mentega. Gorengkan bawang besar dan bawang putih dahulu sehingga naik bau. Kemudian campurkan bersama-sama kentang, cili dan isi sardin yang telah dibuang sosnya.
 
 4. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi hingga sebati. Masukkan sekali garam dan ajinomoto secukup rasa. Waktu ni kalau nak perah limau nipis pun boleh juga. Bila dah siap menggoreng, ketepikan dan sejukkan dahulu.

5. Sediakan pes tepung untuk tujuan melekatkan bahagian mudah tertanggal pada roti (Peringatan: jangan gunakan gam UHU hokeh :P hihi~)

6. Masukkan inti sardin yang dah sejuk tadi di bahagian tengah roti, gulungkannya dan dibahagian hujung roti tersebut lekatkan dengan pes tepung.

7. Picitkan kedua-dua bahagian roti kiri dan kanan dengan jari anda untuk memastikan isi sardin tidak terburai keluar sewaktu menggorengnya.

8. Ready untuk digoreng!!

9. Goreng sehingga keemasan *prosperity gitu~*

10. Tara~sedap dimakan bersama chili sauce dan mayonese. Rasanya? memang sebijik macam makan sardine roll *takkan rasa macam makan pizza la pulak haha~*

Anyway, selamat berbuka puasa kawan-kawan ;)
Kalau dah cuba, bagitahu tau!

4 comments:

  1. At least no need to do the pastry, I may try to do one day! Very creative!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks!! The result will not be disappointed you :)

      Delete
  2. sedap n mudah..nk cuba la nanti..:)
    follow sni..klu sudi singgah la blog sy:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear!!

      Dah cuba nanti bagitahu tau :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)