Blogger templates

Nov 7, 2010

Perbezaan Di antara Coach Original dan Coach Fake *Tipu*


Baru-baru ni aku sibuk dok cari branded handbag. Tak taulah kenapa tetiba perasaan ni cam rasa gatal-gatal je nak simpan satu-dua branded handbag sebagai collection *kehkehkeh*. Maklumlah sekali-sekala nak melaram, apa salahnya kan? Cuba korang tanya mana-mana perempuan dalam dunia ni sekalipun, kompom ramai yang simpan angan-angan nak memanja-manjakan diri dengan brand macam Louis Vuitton, Gucci, Coach, Calvin Klein, Chanel, Armani dan macam-macam lagiklah brand yang kebanyakan outletnya wujud dekat Pavillion ni. Masalahnya brand-brand macam ni biasanya kalau kita lalu atau tengok pintu kedai dia pun, automatik kita dah rasa ngeri sampaikan nak telan air liur pun kena slow-slow sebab takut tercekik. Orang tak mampulah katakan ;) *err~ ada tak korang rasa perasaan macam tu ke aku sorang je yang rasa haha~ :P* 

Apetaknya nama pun dah branded *berjenama gitu* so harga satu barang dekat dalam outlet tu je dah sama macam duit gaji kita dapat bulan-bulan *tah-tah terlebih kot... kehkehkeh :P* Yang hebatnya pasal barangan branded ni, tang feelnya. Especilly bila bergaya dengan barangan branded ni boleh buat kita rasa macam "Wow, lihatlah aku bergaya dengan LV ni, ko hado?" Camanepun kalau setakat nak beli untuk bergaya lebih hebat depan orang lain, tapi bila balik rumah pulak dok pening kepala sambil makan maggi pun tak best jugakkan? Lainlah kalau betul-betul terlebih-lebih mampu macam Paris Hilton tu, syioklah jugak membelinya. *haisshhh~*

Habis untuk orang-orang yang tak mampu, tapi berangan nak pakai barangan branded, tak boleh nak beli ke? Haha~kenalah guna alternatif lain. Maklumlah barang-barang branded yang ada kat Malaysia ni semuanya dah kena tax/cukai sebab tulah harga dia melampau sampai tahap macam nak gantung diri. So, cara terbaik kalau korang nak dapat barangan branded ni, selain dari kirim kawan yang tinggal dekat oversea. Cari jelah blog-blog yang ada jual 100% Authentic brand yang korang nakkan ni. Kadang-kadang ada sesetengahnya yang jual lagik murah dari dekat outlet tu sendiri. Cuma yang penting korang kenalah buat research sikit untuk ketahui design-design mana yang latest, baru ataupun lama. Tapi kalau barang yang kita beli sememangnya branded kompom takde orang pun pedulik *except untuk orang-orang memang kaki branded* kalau design dia ketinggalan 2-3 tahun kebelakang. Biasalahkan, bila beli direct terus dari oversea, ada sesetengah designnya takde jual pun dekat Malaysia. So, kira kelebihanlah untuk korang sebab korang pakai barang yang tak masuk market Malaysia *chewah, itu pada pandangan akulah :)*

Cuma yang penting, bila beli through internet ni, korang kenalah jaga-jaga sikit sebab takut terbeli yang bukan original/authentic (fake design). Contoh dekat sini, aku nak ajar korang bagaimana untuk mengetahui samada barangan tersebut adalah orginal atau pun tidak especially untuk brand Coach je. Kenapa aku bagi contoh brand Coach ni, hehe~ sebab aku suka design Coach yang tak macam orang tua *kofkofkof*. Anyway untuk brand lain, korang boleh tengok dekat blissbag [dot] com (link dia aku ada letak dekat bawah).

Ini antara tips untuk membezakan antara Original/Authentic Coach & Bukan Original (fake) :-

1. Seperti yang korang sedia maklum, Coach kebiasaannya menggunakan signature 'C' untuk sebarang keluaran begnya. So, korang boleh perhatikan huruf 'C' pada Coach yang tidak ori (fake) selalunya tidak bercantum/selari pada setiap sambungan/jahitan kemasannya. Lain pulak, dengan Coach yang ori, dimana setiap 'C'nya akan bercantum walaupun pada bahagian sambungan.




2. Setiap susun atur 'C' pada Coach tidak ori (fake) hanya memaparkan satu/single corak 'C' untuk setiap arah. Tetapi untuk Coach ori ianya melibatkan dua/double corak 'C' bagi setiap arah.



3. Adakalanya Coach tidak ori (fake) menggunakan huruf yang seakan-akan dengan 'C' sebagai contoh huruf 'O' ataupun 'G'. Jadi telitikan perkara ini sewaktu korang membelinya.


4. Perhatikan juga Sleeper Bags atau Dust Bags yang biasanya disertakan sekali apabila korang membeli beg Coach. Dust bags bagi Coach yang ori sepatutnya berwarna coklat gelap dengan tali yang berwarna merah dengan perkataan Coach di atasnya.




5. Tag berlogo Coach (yang biasanya ada rantai besi bersambung padanya) untuk Coach ori, ianya mestilah sepadan dengan warna beg Coach tersebut dan bukan diperbuat dari plastik keras. Malah logo Coach yang dipamerkan padanya juga adalah timbul (stamped) dan bukan sekadar dicop pada bahagian atasnya. Walaubagaimanapun ada sesetengah beg Coach tidak disertakan sekali dengan tag logo ini mengikut design tertentu, jadi korang kenalah buat research/kajian mengenai beg yang korang inginkan tu sebelum membelinya.


6. Nombor siri (serial number) untuk setiap beg Coach yang ori ada dipaparkan di bahagian dalam beg Coach, yang penting korang kena pastikan terdapat 4 nombor selepas tanda sengkang/dash. Tulisannya juga hendaklah berhuruf besar, timbul dan mestilah berbahasa Inggeris *kalau bahasa melayu, kompom tak ori tu kehkehkeh*.



7. Selain itu, korang boleh menilai sendiri bagaimana rupa beg Coach yang tak ori (fake) berdasarkan pada kekemasan jahitannya, keadaannya yang tidak kukuh/tegap, pengunaan material yang murah, terdapat lebihan gam pada bahagian tertentu dan gaya beg itu sendiri yang tidak memaparkan ciri-ciri original *chewah~ :P*



Akhir sekali kawan-kawan, bershoppinglah secara bijak. At least, bila beli barang yang ori tu kita tahu kualiti dia boleh tahan bertahun-tahun (ni kalau tak kena tipu terbeli yang fakelah hehe~). Daripada korang melabur beli yang fake, lepas tu pakai tak sampai 2bulan dah tertanggal. Baik korang kumpul duit beli yang ori, at least hati pun gumbira. Betul tak? ;)

p/s : Bila dah baca entry aku ni, hah~ jangan korang abeskan duit laki korang sudah. Haha~


credit to : bagbliss [dot] com

37 comments:

  1. Authentic Designer Handbag in Malaysia with Affordable Price. Visit http://iluvbaginc.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hehehe.... tapi bergunakan info ni? :)

      Delete
    2. Terimakasih...info sangat berguna...dah hampir terbeli yg fake kot, tapi harga macam ori....sbb Dustbag dia putih dan coklat cair macam kat atas tu...
      alahai...tak pernah beli yg ori...kena solat Istikharah dulu kot...
      yg kat sini macamana ya.....

      http://coachoutletonlinees.com/coach-handbag/

      Ada sesiapa pernah beli direct ke?

      Delete
    3. Salam Kak Za,

      Macih sudi jengah blog saya. Tulah... untuk beli Coach / Designer handbag yang lain-lain especially dekat internet ni. Kena teliti dan hati-hati. Bukan apa, seboleh-boleh mungkin taknaklah kena tipu kan sebab dah keluar duit mahal-mahal. Suggestion saya beli dekat blog yang ramai customer dan meyakinkan macam blog http://princessvictoriastylo.blogspot.com. Tapi sebelum beli tu buat juga perbandingan harga dengan blog-blog lain. Dan untuk design cuba compare kan gambar yang diletakkan ada tak dalam katalog coach yang sebenar. Sebab ada sesetengahnya jual dengan harga yang berpatutan untuk latest design. Tak berani nak letakkan nama-nama blog yang jual coach dan beri servis yang pantas. Sebab kebanyakan coach yang saya beli pun memang ambil masa untuk terima. Good luck Kak Za :)

      Delete
    4. sy br beli dr bungamas shoppers..yakin sket sbb mmg dia stay kat US..n sgt ramai buyers..

      Delete
    5. Wahhh... bolehlah try beli Coach dekat situ pulak :)

      Delete
  3. dear! u ada link tak utk coach online uk..???i ada kwn kat Uk dia suruh i cari link & send kat dia hbag coach mana i nak, nanti dia beli..tapi lps goggle, i jumpa coach tipu jer...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye :) nak tahu link untuk coach yang original eh? Apa kata u pegi je terus website coach ---> http://malaysia.coach.com/

      then u boleh bagi latest design dekat your friend. Hah, kan senang kan? :) Tapi so far untuk coach yang kebanyakan orang beli through online. I rasa yang paling famous cuma link ini ---> http://princessvictoriastylo.blogspot.com/

      Harap dapat membantu :)

      Delete
  4. tq for info...but i de beli coach kt butik coach first avenue penang... i tengok huruf c pd hbag i tu xbercantum..but it's ori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome :)

      Kalau beli dekat butik semestinyalah ori kan? Hehehe... Kalau tak ori memang sengaja nak cari nahas butik tu.

      Delete
  5. Lagi satu...yg fake...tali besor...yg ori tali kecik...leather la katakn...hihi...betul x...sya ni mmg giler coach...tp baru ada 2 jer...satu leather...satu monogram...jadi la...tu pn... Menderita ikat perut...demi minat sya akn ttp ikat perut nk beli wristlet jer....nk cari sugar daddy...x hadooo...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi tali tu saya tak berapa sure la awak... Hehehe... Tapi biasanya bila kita dah tahu / pernah beli barang-barang coach automatik sekali pandang confirm dah boleh tahu original atau tak kan? Tu lah kita pun baru kumpul 4 handbag coach, tapi jarang-jarang pakai. Sebabnya sayang... boleh tak gitu. Hahaha!

      Delete
  6. Biasa coach jenis gred A kot..kalau yg ori harga leh cecah riban2..

    ReplyDelete
  7. Biasa yg gred A kot.. kalau yg ori harga leh cecah riban2..

    ReplyDelete
  8. salam.. info yg sgt berguna ni.. ramai dh yg tetipu kt luar sana. saya pun nyaris nyaris tertipu.. hehehehe last last husband buat keputusan pg je beli kt butik. tringat nak share dgn semua yg dustbag coach skang dh bkn kaler coklat gelap tali merah. skang light brown dh tali drk brown pulak. cuma nk update sbb skang senang sgt kluar immitation kan. ok girls... happy shopping!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Happy shopping jugak untuk awak :) Anyway thanks for tambahan info tu ye.

      Delete
  9. Correction yeah. Dust bags coach mostly cream colour. Men ada yg white. Hy bags originate for jualan @ butik coach ada dustbag (some masuk coach factory coz out of season, x laku). While those dr coach factory mostly not wt dustbag esply from coach factory usa.

    ReplyDelete
  10. Hye..klau yg dekt butik smua tu ori ke...coz i tgk kt hndbg tu made in india..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dekat butik Coach, for surelah ori awak :) Hehehe

      Delete
  11. gd info,,,thanx, info ni sgt2 membantu....
    nk tanya skit, akak selalu ke beli kat blog http://princessvictoriastylo.blogspot.com ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome :)

      Dulu pernah jugak beli (rasanya dua kali) dekat Princess Victoria Stylo. So far servis dia ok cuma kena sabar sikit tunggu stok sampai dan kadang-kadang tu cepat sangat habis :)

      Delete
  12. kalau website welovecoach.com tu leh caya ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nurul :)

      So far saya tak pernah beli coach dekat website ni. Sorry ye awak tak dapat nak bantu. Agak-agak ada sesiapa yang pernah beli dekat sini ke? Harap boleh tolong Nurul :)

      Delete
    2. Saya pernah beli coach kat FB, https://www.facebook.com/brandedlifestyle.couture

      Setelah dibelek, ditelek, insyaAllah rasanya saya tak tertipu dan diaorang memang jual 100% authentic bags...

      https://www.facebook.com/handbagsfromusa?fref=ts pun nampak macam ok.. tapi saya tak pernah beli kat sini...

      Delete
  13. satu lagi, izinkn sy share link entry ni di Fanpage jualan Coach sy ye ;)

    thanx ~

    ReplyDelete
  14. Sis nak tanya, kalo yang ori Coach, bahagian bwh beg tersebut huruf C tu bercantum/selari juga ke pada setiap sambungan/jahitan kemasannya?

    ReplyDelete
  15. nice info...kawan saya pun rekomen princessvictoria...tp selalu sold out. geram tgk price2 yg bg saya boleh tahan banding dgn butik..

    cuma...sy pernah dgr, ini bukan rekaan ye...ada pembeli bag berjenama salah satu butik kat klcc harga mmg riban2...dan dia pergi bercuti di paris dan masuk butik bag jenama yg sama...bag dia kene gunting...bila ditnya staff situ maklumkan bag dia tak ori. blk msia dia pergi blk butik tue...utk diamkn mulut dorg byr 3x harga asal...

    sy ada google, byk jugak cerita mcm nie...ade jugak yg cerite tunjuk resit la bagai..x tau nk caya ke tak...n tak tau sama ada butik betul2 jual ori ke tak...ape2 pun berhati2 je la...

    yg penting ikut kemampuan...n keperluan...tp dah nama pun perempuan...x perlu pun jd perlu...kihkihkih

    ReplyDelete
  16. sori nk tnya coach d butik JPO tu ori tak??? bkn apa, bila saya beli coach di JPO ada yg ckp x ori coz xde cop kereta kuda tu.... tlg pd sesapa yg ada info.....

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)