Blogger templates

Aug 31, 2010

Selamat Hari Kebangsaan 2010

Woww! Hari ni Independence Day gitu!! Korang sambut dekat mana? Aku sambut sambil tidur je *tihihi~gila semangat patriotik habis* Tapi, tak kisahlah apa pun story korang pasal merdeka ni. Yang penting pandai-pandai jaga diri *chewahh~ akukan concern :)* Macam mana pun apa yang aku tau, aku suka hari Merdeka ni sebab dapat cuti FREE ekekeke~ Dapat spend time lebih sehari dengan family aku :) Dapat pergi shopping-shopping *wow wee*~ Dan yang best dapat tidur lama sikit.

Tapi pelik pulak hari ni sepatutnya cuti-cuti macam ni, at least pukul 8:00 pagi aku baru bangun tidur tapi hari ni dari pukul 4:00 pagi aku dah start berjaga, kononnya nak buat sikit kerja-kerja pertukangan. Apataknya dalam 2 minggu ni aje, dah 5 kali aku berulang-alik pergi Ikea. Takde maknanya aku pergi sana sebab nak tukar perabut baru ke atau nak tukar langsir baru *mentang-mentanglah hari tu aku cakap tak shopping langsung baju raya ekekeke~*. Tapi sebenarnya aku pergi sana sebab nak cari idea, kononnya nak tukar mood/suasana rumah aku. Memang setiap 3, 4 bulan sekali perangai menggubah-gubah rumah aku ni menjelma tiba-tiba *agaknya terkena rasukan Eric Leong kot haha~* Alaa~ apa salahnya kan? Nama pun rumahku, syurgaku so mestilah nak bagi suasana yang terbaik sikit untuk rumah sendiri. Kalau tambah barang-barang pun dekat Ikea biasanya aku beli mana-mana barang yang penting aje. Tak nak banyak-banyak nanti menyemak aje jadinya. Selalunya barang yang jadi pilihan aku kalau membeli dekat Ikea ni ialah Bookshelf a.k.a 'Para Buku' yang orang melayu kita panggil tu. Hamboii~banyak betul buku aku yek? Nama pun orang bijak-pandai, so kenalah rajin membaca *kuwang-kuwang jangan percaya tang buku tu, tang bijak-pandai korang boleh percaya muahaha~*

Bookshelf ni sebenarnya banyak kegunaannya tau. Selain sememangnya digunakan untuk meletakkan buku. Aku biasanya beli bookshelf ni untuk letakkan toys anak aku, tak terkecuali toys aku sendiri hihi~, balang kuih, periuk belanga, pasu bunga, frame gambar, DVD, dan macam-macam lagiklah. Maklumlah rumah kecik jadi kenalah organise sebaik mungkin. Kelebihan pakai bookshelf ni selain senang untuk menyimpan barang, ianya turut memberi kesusahan sikit untuk anak-anak kecik korang dari mencapai apa-apa yang tak patut. So, kan senang kerja korang mengcontrol barang-barang berharga korang. Cuma part yang lemah sikit pakai bookshelf ni bila nak start proses menebuk lubang dekat dinding. Kalau korang tersalah tebuk, perghh~nayalah jawabnya -_____-" huhuhu~

Anyway, jom tengok antara barang yang aku borong dekat Ikea :) *antara tu.. hihi~ meaning ada lagiklah tu :P*

Damien dengan wajah serius sedang menguji ketahanan fizikal kayu yang aku beli. Amacam, lulus tak Damien?

Draft lukisan sebelum pergi beli *tihihi~well-planned hokeh*


Catit nama-nama perabut yang nak pergi beli. Catit je lebih, belinya tak tentu lagik :P




Sekian sahaja untuk makluman tuan-puan. By the way apa aktiviti sebenar-benarnya aku hari ni? hihi~ aku sekeluarga pergi Ikea lagik, so sessi pertukangan nampaknya kenalah dipostponekan :P Dan yang syioknya, highway LDP 'Lebuhraya Damansara-Puchong' siap bagi toll free gitu sempena hari merdeka ni. Kalaulah highway PLUS pulak bagi toll free sempena Hari Raya *ohh~ alangkah bahagianya* Maklumlah akukan penyumbang terbesar untuk PLUS selama ni. Dah tu, kedai gunting rambut Kwik Cut yang dekat Ikano tu pun bagi potongan special. Sape-sape potong rambut dekat kedai dia orang, bayaran yang dikenakan cuma RM 1.00 saja *walawehh~*. Inilah baru dinamakan Merdeka.. merdeka!!

p/s : kan bagus kalau semua tempat boleh contohi macam Highway LDP dan Kedai Kwik Cut ni. Barulah rakyat Malaysia happy duduk di Malaysia :) *err~ selama ni tak happy ke? Tettt*


Aug 30, 2010

Shopping, Kuih-Muih & Baju Raya

Wehh~kejap je dah nak raya kan? Mesti korang semua dah start shopping macam-macam sempena raya ni kan? Maklumlah, jawapan standard kalau tanya mesti korang akan jawab "Alaa~apa salahnya setahun sekali je." Kalau tanya aku pulak, hah~jangan buat muka tak percaya. Serius, aku memang dari dulu sambut raya jarang nak beli macam-macam benda. Baju kurung? Sehelai je aku beli, takpun recycle je baju baru aku beli sempena majlis kahwin sedara-mara aku sebelum ni. Kuih raya? Haha~bab ni, ramai tukang jual kuih selalunya frust nonggeng dengan aku. Hey! Bukan kedekutlah. Berjimat-cermat pun bukan. Actually aku ni allergic dengan marjerin. Hah! Nak kata aku bagi alasan lah tu. Haha~tak tipulah.. aku betul-betul allergic dengan marjerin ni. Masalahnya allergic ni, bukan yang naik rashes tu tapi allergic aku ni mengakibatkan diarrhea *atau nama busuknya aku senang kena cirit-birit :P hihi~* So, sebab tulah, selalunya time-time raya aku lebih suka beli kerepek je. Kalau nak suruh aku beli kuih sempena raya ni, better korang jual kerepek dekat aku k. Kuih-muih aku tak pandang *hihi~eksen sungguh*


*source from google*


Handbag raya, kasut raya, mekap raya, contact lens raya. Benda-benda ni semua aku dah ada dah. Tak kisahlah walaupun bau kedai dah tak melekat lagik dekat barang-barang tu semua. Janji pada aku, barang tu still ok dan boleh pakai lagik. Lainlah kalau dah habis ke atau kebetulan habisnya ngam-ngam dah nak raya ke. Yup, aku memang pergi beli. *Wahh! Statement kaki shopping yang kurang berbelanja waktu dah nak raya memang meraguikan? haha~* Tapikan aku rasa macam nak beli satu je barang baru sempena sales raya ni. Emm~ nak beli handbaglah eh, bukan handbag tapi tote besar. Memandang tote besar yang aku usung ke sana ke mari ni macam dah lusuh je. So, hihi~wajiblah di beri napas baru *chewahh~:P*

Shopping raya untuk anak-anak aku pun jarang jugak aku beli *haishh~aku ni semuanya takde langsung barunya untuk raya. Mau bankrupt shopping complex kalau jual sempena raya dekat aku ni haha~* Sebab apa aku jarang beli? Sebab ada antara baju yang aku beli waktu sales sebelum raya banyak yang tak sempat nak pakai, so, aku gunakan jelah untuk raya nanti. Baju kurung atau baju melayu, aku tak beli pun sebab dorang ni cepat sangat membesar, macam rugi je *haii~bertuah betul sape yang kahwin dengan aku ni. Semua barang malas nak beli baru. Ekekeke~* Lagipun anak-anak aku ni cepat kena rashes kalau pakai baju-baju macam ni *nak pakai baju semua sexy-sexy memanjang aje tihihi~* Nasiblah aku ada sorang je anak dara. Kalau tiga-tiga anak aku semuanya anak dara kompom semuanya melaram kalahkan mama dia ni *haipp~no..no..no*

Story pasal baju kurung dengan baju melayu tadi. Kalau korang nak tau, aku ada gak teringin nak jahit sendiri je baju kurung atau baju melayu untuk anak-anak aku ni. At least bergerak lamalah sikit mesin jahit Janome yang aku beli tu. Takdelah setakat jahit simple-simple je. Ikutkan first plan aku waktu beli mesin jahit Janome tu aku nak belajar menjahit dengan giat Maranya. Tapi asal sikit aku nak buat pola ke, baru nak bentang kain nak potong mana-mana yang patut atau nak lukis line mana-mana yang patut. Ada aje assistant yang datang jengah sambil buat muka comel *haishh~* Last-last, aku lipat kain balik. simpan semua alatan menjahit, pergi sambung buat crochet. Nampaknya perusahaan Crochet aku jelah yang berjalan dengan aktifnya *alhamdulilah~* Takpelah kan :) tak lama lagik bila dorang dah besar sikit, kompom dorang malas nak kacau aku lagik. Waktu tu, aku nak golek-golek atas kain yang aku nak jahit tu pun sebelah mata pun dorang tak pandang haha~* Lagipun aku sukalah tengok kain-kain Japanese Cotton, English Cotton yang ada bunga comel-comel tu. Geram je rasa. Nak beli yang dah siap, mahal nak mampuih! Takpe-takpe kena sabar k. Takmo gelojoh-gelojoh.



Macam mana pun, aku nak share dengan korang antara link-link yang aku jumpa untuk Tutorial Baju Kurung Kanak-Kanak. Eee~bila tengok tutorial ni, kaki aku dah start macam nak tekan pedal je rasa haha~ bukan tekan pedal minyak kereta k *kau nak pergi mana? haha~* tapi tekan pedal kaki mesin jahit Janome aku tu ekekeke~

D Itsy Arty Craft Corner
Pink Goodness
My Crazy Art Zone*goshh~i'm adore her lah*

Untuk Tutorial Baju Melayu Kanak-Kanak aku tak jumpalah pulak *sob..sob..sob sedihh~dahlah aku ada tiga orang superhero (termasuk hubby aku daa~ haha)* Takpe, kalau aku jumpa aku bagitau korang k.

p/s : Selamat bershopping baju baru korang semua! xoxo

Aug 26, 2010

Sylvanian Families - Garden Barbecue Set

Hari tu korang dah tengok Street Market Set kan? So, hari ni aku nak tayang Garden Barbecue Set pulak *hamboii~show-off sungguh kau ini yek? haha~* Yang bestnya bila korang beli Garden Barbecue Set ni, korang akan dapat percuma satu figure kucing jantan yang bernama Maurice Chantilly.
Mengikut apa yang tertera dekat kotak mengenai Maurice Chantilly ni :
Maurice Chantilly is famous for his barbecue parties and marvelous hospitality. The food is always delicious and plentiful and Maurice loves to chat and tell funny stories.
 Korang juga akan menjumpai pelbagai khazanah kiut-miut dekat dalam kotak ni antaranya set barbecue comel *siap ada alatan-alatan memasak barbecue lagik*, kerusi dan meja berpayung *parasol*, pinggan-mangkuk, jug air, gelas, makanan dan juga minuman. Alahai... semuanya comel-comel belaka tau. Kalau aku ada lampu ajaib macam Doraemon tu, aku kecikkan badan aku semata-mata nak bermain dekat dalam dunia Sylvanian Families ni hihi~ Seronoknya rasa :)

So, jom, aku bawa korang menikmati dunia comel Garden Barbecue Set ni.







p/s : Macam mana? Best tak? Rasa macam nak join makan barbecue tu sekali tak? haha~ Ok, bye-bye korang, nanti aku tunjuk set yang lain pulak hokeh :)

Aug 24, 2010

PLUS Hotline - Sekiranya Berlaku Kecemasan Sila Hubungi 1800-88-0000

Korang biasa dengar ayat dekat atas tuh tak? Ayat ni selalunya memang banyak terpampang dekat tiang-tiang tepi lebuhraya PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan). Kalau sekali tengok macam tak penting ajekan? Tapikan sebagai pengguna tetap yang mengkayakan PLUS hari-hari *hihi~* aku memang simpan nombor PLUS ni dekat handphone. Bukan apa banyak faedahnya. Apa faedahnya? Moh, kita tengok -->




Antara faedah-faedahnya :

FIRST : Boleh mengetahui info trafik dengan kadar segera.
Actually, memang kita boleh dengar dekat radio je tapi masalahnya macam aku ni. Bila dengar info trafik dekat radio ni, tang lagu senang je telinga aku nak tangkap tapi bila info trafik tu muncul, macam hembusan angin bayu kus-kus aje lalu dekat telinga aku ni jadinya. Yang kelakar tu, bila info trafik tu dah habis ke udara. Eh, barulah aku tersedar menggelabah nak tau mana-mana jalan yang jammed *keh-keh-keh kecoh betul*. So, bila dah ada nombor telefon PLUS ni, asal sikit aku nampak jammed je dekat depan mata. Cepat-cepat aku akan telefon PLUS *yelah~ada ke orang sanggup duduk dalam jammed lama-lama? Tak kuasa aku nyah!* Jadi aku dah boleh tahu lorong mana yang tersangkut, accident apa yang berlaku dan jalan mana yang boleh aku cantas supaya cepat sampai. Dan info trafik ni betul-betul berguna waktu raya dan pergi balik kerja. Time raya, korang sedia maklumlah dia punya jammed memang kaw-kaw punya dahsyat. Dan soalan famous aku, kalau terperangkap dalam jammed waktu-waktu nak balik raya macam ni, ialah "Encik, berapa kilometer jammed ni sebenarnya?" Kalau dia sebut 10km, nak tau apa aku buat. Confirmed, aku akan berhenti dekat mana-mana kawasan rehat atau keluar je dari tol yang berhampiran pergi minum-minum dulu. Tak pun siap sempat shopping express lagik *ekekeke~gila shopping betul!*
SECOND :  Boleh melaporkan apa-apa perkara yang menyebabkan bermulanya kesesakan jalan raya. 
Aku rasakan semenjak aku simpan nombor telefon PLUS ni, dah macam-macam perkara aku dah inform dekat PLUS ni *dah macam pelapor free untuk PLUS dah aku ni gamaknya hihi~* Apetaknya, aku pernah laporkan ada bangkai kambing dekat lorong laju *lorong kanan*. Entah dari mana datang bangkai ni pun aku tak tau. Aku pernah laporkan ada anjing baru lepas kena langgar. Wehh~tapikan horror gila tau kejadian ni. Gara-gara kereta depan langgar anjing ni, habis splash darah anjing ni dekat cermin depan kereta kita orang. Nasib baiklah waktu tu, hubby aku yang drive. Kalaulah aku yang drive, mesti panik gila aku rasa tengok darah tak pasal-pasal *perghh~*. Aku pernah laporkan ada anak kucing baru lepas kena langgar tapi anak kucing tu hidup lagi. Kesian anak kucing, dalam sakit-sakit kena langgar still boleh berjalan dekat tengah-tengah laluan highway tu. Dan yang best tu, bekas tayar lori yang tercabut pun aku laporkan jugak tau *haha~consent betul aku ni kan?* Tak.. tak.. bukan consent hokeh, tapi more to caring *amacam, baikkan aku? :)* Bukan apa, at least bila aku dah laporkan dulu semua kejadian-kejadian macam ni, aku harap takdelah kejadian-kejadian buruk berlaku lepas tu. Tak ke membahayakan orang lain. Lagipun rasanya, tak sanggup aku nak bukak paper tiap-tiap hari baca pasal accident je memanjang *kesian sangat tau :(*

THIRD : Dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan *dapat pahala tau, hihi~*

Contoh macam pagi tadi waktu aku nak pergi kerja dekat area Jejantas Sungai Buloh. Kesian sangat aku rasa dekat sorang lelaki ni. Tak semena-mena kereta dia boleh mati enjin dekat tengah jalan. Masalahnya kereta dia ni, betul-betul rosak dekat lorong kanan highway tu *lorong laju*. Korang bayangkanlah, dengan baju kerja dan satu kain *maybe tuala kot*. Dia keluar dari kereta duduk dekat belakang kereta dia, kibar-kibarkan tuala supaya orang nampak yang kereta dia rosak. Tak ke merbahaya macam tu? Kalau kereta belakang perasan, takpelahkan. At least kereta tu boleh elak. Kalau kereta belakang tak perasan sebab laju sangat, tak ke boleh jadi drama lepas tu *duhh~* So, kesian punya pasal. Aku pun telefonlah PLUS maklumkan pasal kejadian ni. Aku harap lelaki ni ok.

Kesimpulannya, tak rugi pun kalau kita jadi orang-orang yang prihatin dengan keadaan sekeliling ni. Yang penting bukan prihatin dalam bab-bab kain dalam orang hokeh! *ini bukan prihatin tapi penyibuk! haha~*
p/s: owh, by the way prihatin sekadar tengok kereta rosak/accident tepi jalan pun tak guna jugak hehehe~

Aug 23, 2010

Puri Epal a.k.a Apple Puree

Comelkan bunyi puree tu? Dengar nama pun dah comel, so kali ni aku nak share resepi untuk sape-sape yang ada baby antara umur 0-12 bulan itu  pun setelah mendapat special request dari Anim *yeay! Suka tak?*
 Ikutkan aku memang banyak resepi-resepi untuk makanan baby / bayi ni. Don't worry kawan-kawan sekalian, one by one hokeh :) Kalau tanya mana aku dapat resepi-resepi ni, semuanya dari buku-buku baby *ulat buku jugakkan aku ni? hihi~* Buku yang comel ada gambar baby aku jadi ulatlah, kalau buku study yang ada gambar pun kabur-kabur je mata memandang huh, haremm~aku nak ngadap lama-lama. Jadi ubat tidur adalah keh-keh-keh~

Kalau nak tau apa makna puree ni, en. wikipedia sedia membantu kita:
Purée and (more rarely) mash are general terms for food, usually vegetables or legumes, that have been ground, pressed, and/or strained to the consistency of a soft paste or thick liquid. Purées of specific foods are often known by specific names, e.g., mashed potatoes or apple sauce
Dah study, apa itu puri? jom aku bagitahu bagaimana cara-caranya nak buat Puri Epal ni *eh, bila sebut perkataan Epal teringat aku dekat member blog aku Cik Epal yang comel*

Sediakan 2 biji epal merah yang gebus *epal hijau pun boleh jugak tapi takut masam -____-*

Tanggalkan semua kulit-kulit epal yang terlibat dan potong dadu. Buang bahagian tengah epal yang keras itu.

Rebus epal yang dah siap dipotong sehingga kering air rebusan. *peringatan: jangan masukkan gula atau garam!*

Dah siap direbus, keluarkan epal dan lenyekkan epal dengan menggunakan garfu atau alatan-alatan lenyek yang anda ada *janji lenyek hihi~*

Tips menyediakan makanan baby/bayi : Cara lenyekan bergantung dengan usia baby anda. Kalau baby antara 4-8 bulan, gunakan blender untuk mendapat tekstur yang lagi halus. Bagi baby 8-12 bulan, biarkan tekstur epal yang sedikit kasar sebab baby dah mula tumbuh gigi pada usia begini *macam pic yang aku attach tu*. Usia-usia sebegini, baby lebih suka nak test gigi mereka untuk menggigit makanan yang anda beri *cutekan? :)*

 Simpan dalam bekas cute berpenutup.

Masukkan ke dalam fridge, dan anda boleh sediakan makanan untuk baby anda bila-bila masa sahaja dengan merendam bekas makanan tersebut di dalam air panas untuk beberapa minit *baby tak elok makan sejuk-sejuk*

Selamat mencuba para ibu muda semua :)

p/s: bila sebut macam ni macam terasa aku ni ibu tua pulak keh-keh-keh :P


Aug 22, 2010

Tutorial Memasang CommentLuv pada Blogspot

Jeng-jeng-jeng, ada nampak perubahan sikit tak dekat blog aku? Tak perasan apa-apa pun? Cess~nampak sangat blog aku nih memang tak glamour pun huhu~huwaaa~ *apa? kau ingat kau artis haha~* Dah-dah usah melalut, actually aku dah pasang komen berbalas a.k.a 'reply comment' dekat blog aku ni. Demi bff blogger tercinta Mala yang berkobar-kobar meng'request' dari twitter mintak aku buatkan tutorial ni, so aku dengan pening-pening lalat cubalah buat tutorial ni haha~ *jangan korang pulak yang pening baca tutorial aku ni sudah hii~*


"rupabentuk CommentLuv di platfom Blogger"


Dulu-dulu aku selalu perasan komen berbalas ni cuma warga Wordpress je yang ada. Kesian dekat warga Blogspot macam aku ni tak boleh nak melaram dengan komen berbalas. Nak balas komen pun nampak tak stylo langsung. So, come on warga Blogspot, meh kita tukar comment box kita supaya jadi lagi kemas dan anggun.

Macam mana pun aku nak ingatkan korang yang cara pemasangan CommentLuv untuk Blogspot adalah melalui IntenseDebate so tak sama macam Wordpress yang boleh secara direct sahaja di website ComLuv. Yang penting sebelum install CommentLuv ni, korang save copy of template korang dulu sebagai backup plan. Kalau jadi apa-apa taklah meraung korang jadinya hihi~ Cara-cara nak save template korang macam biasa pergi ke bahagian atas blog korang yang ada tertera DASHBOARD atau masuk saja link http://www.blogger.com/. Kemudian, klik DESIGN --> EDIT HTML --> DOWNLOAD FULL TEMPLATE. Selesai proses download template korang tu bermulalah proses meng'install' CommentLuv pulak.


STEP ONE
  1. Korang kena register dulu nama korang di ComLuv site. Picit REGISTER URL dan masukkan data-data yang dikehendaki. Abaikan ComLuv site selepas korang membuat  pendaftaran.

STEP TWO
  1. Buka IntenseDebate site pula. Sama seperti ComLuv site juga, korang dikehendaki mendaftar dahulu di website ini.
  2.  Selesai LOGIN di IntenseDebate, korang klik di sini http://intensedebate.com/plugin . CARI COMMENTLUV dan klik ACTIVATE. Selesai activate, klik bahagian atas SITE --> +ADD BLOG/SITE. Masukkan URL blog yang korang nak installkan CommenLuv ini.
  3. Pilih platform BLOGGER bagi pengguna Blogspot.
  4. Manakala bagi bahagian INSTALLATION pula ada  DUA SOALAN yang wajib korang jawab. Untuk soalan pertama, korang pilih jawapan TEMPLATE. Dan soalan kedua, korang pilih jawapan ONLY ON NEW POST *bagi mengelakkan komen lama korang hilang*.
  5. Abaikan perkara-perkara yang tertera di bawahnya dan korang boleh terus pergi ke bahagian bawah sekali yang tertera perkataan BROWSE. Klik pada BROWSE dan cari kembali file template korang yang korang dah save sebagai backup sebelum ni. Klik pada UPLOAD FILE.
  6. COPY KESEMUA HTML CODE BARU di IntenseDebate.
  7. Pergi ke BLOGGER PAGE ANDA, DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML --> EDIT TEMPLATE --> TANDAKAN PADA KOTAK EXPAND WIDGET TEMPLATE. PADAM KESELURUHAN HTML CODE DI SITU, dan PASTEKAN HTML CODE BARU yang korang copy di IntenseDebate --> CLICK SAVE TEMPLATE.
Memandangkan di awal installation korang dah pilih yang CommentLuv hanya muncul pada  NEW POST sahaja, jadi korang jangan pulak panik bila tak nampak kelibat CommentLuv pada entry lama.

STEP THREE
  1. Kalau korang nak buat pengubahsuaian sikit untuk rupa bentuk CommentLuv korang. Korang pergi semula ke IntenseDebate site. LOGIN --> klik bahagian atas SITE --> klik NAMA BLOG KORANG --> pergi ke MODERATION klik sama ada bahagian LAYOUT atau COMMENTS.

KELEBIHAN COMMENTLUV
  1. CommentLuv ni merupakan satu cara kita menghargai peminat-peminat mereka-mereka yang rajin memberi komen kepada blog kita *sayang korang* dan dengan menyediakan backlink kepada mereka-mereka ini, secara tak langsung kita turut mempromote entry blog mereka *amacam bestkan? :)*
  2. Memudahkan komunikasi di dalam satu-satu entry / blog bila wujudnya butang reply bukan sahaja antara penulis blog dengan pemberi komen, malah antara pengomen dengan pengomen juga *meaning lagik ramai kawan~yeay!*
  3. Dapat mengelakkan spammer yang penyibuk *biasa dia ni! :P*.
  4. Boleh mengetahui lokasi mereka yang memberi komen *melalui IP Address dorang* dan sebagai satu langkah berjaga-jaga, kalau ada komen-komen yang berunsur ancaman/gangguan.

Selamat install CommentLuv kawan-kawan. Rasanya aku dah habis explain semuanya dekat sini, kalau tak paham juga silalah tanya. Kalau malu, nanti sesat :P


credit to: ariffshah [dot] com


Aug 20, 2010

Tips Kekal Sihat Berpuasa

Wahh~hari ni je genap 10 hari kita berpuasa kan? *mengikut dari masa aku taip entry ni :)*. 30 hari tolak 10 hari meaning tinggal lagik 20 hari jelah kita dah nak raya. *yeay~sukalah tu :P haha~* Dah masuk 10 hari berpuasa ni, rasanya korang pun dah boleh control perasaan lapar ni kan? Takdelah macam 1st day puasa, lesu semacam je. Nak senyum pun sampai tak larat mulut tu. Alahh~toksah nak cover malulah sebab hihi~ aku pun sama jugaklah macam tu. Tapi macam mana pun bila dah masuk puasa ke-3 dan ke-4, aku dah rasa more relax untuk berpuasa. Sampaikan boleh pergi sana-sini cari barang time-time waktu lunch. Wahh! Hebat tak aku? Sikit punya relax jalan kaki, dari opis aku *area Hotel Equatorial* ke Sungai Wang dengan Pavillion. Sebenarnya faktor semangat shopping yang membara tulah menjadi penyebab utama jadi bertenaga tu haha~ Tapi balik opis mengeluh jugak kaki lenguh sebab berjalan :P *teruk betul! hihi~*

"source from google"

Macam mana pun dekat sini aku nak sharing Tips Sihat Berpuasa cara aku. Sesape nak follow, silakan :)
  1. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak/suam dari sepanjang waktu berbuka sehingga waktu bersahur.
  2. Pastikan juga makanan waktu berbuka dan bersahur mengandungi bahan-bahan makanan berasaskan nasi, sayur, ayam, daging, ikan dan telur. Boleh juga gantikan nasi dengan macaroni, mee atau spaghetti. Sebab makanan sebegini mengandungi diet yang seimbang dan membekalkan nutrien untuk badan secukupnya.
  3. Elakkan makanan berkonsepkan 'Fast Food'.
  4. Jangan makan berlebih-lebihan.
  5. Elakkan daripada minum, minuman yang bercirikan gas/manis/sejuk/berais kerana anda akan mudah dijangkiti selsema atau batuk.
  6. Minum segelas susu sehari, seelok-eloknya sewaktu bersahur.
  7. Ambil vitamin tambahan seperti Scott Emulsion, Fish Cod Oil, Multi-Vitamin atau lain-lain lagi sebagai pelengkap kepada diet harian anda.
  8. Jangan sesekali tinggalkan waktu bersahur.
  9. Sekiranya berasa lapar dan lesu, tenangkan diri dari melakukan apa-apa perkara.
  10. Jangan terlalu agresif sewaktu melakukan sebarang pekerjaan.
  11. Pastikan mendapat tidur secukupnya selama 6 jam sekurang-kurangnya.
  12.  
    Ok, selamat berpuasa secara sihat kengkawan semua. Jangan puasa yang-yang yok sudah~ :P

    Teringat satu tweet dari kawan aku @acapawn7 pasal doa tahan puasa:
    "allahumma baring sana baring sini watak tahan wa mahu mati wa lihat jam masih lama lagi tak ada nasi wa tibai megi nanti lain kali wa kasik ganti amin"
    p/s: Doa tu just joke aje hokeh, kalau korang ikut. Korang memang tak senonoh! haha~



    Aug 19, 2010

    Resepi : Sardine Roll a.k.a Sardin Gulung a.k.a Karipap Sardin

    Mesti korang kata banyaknya version nama 'sardin' yang aku letak tu. Haha~kalau korang rasa nama yang aku bagi ni macam tak kena je dengan resepi dia, korang pun boleh bubuh apa-apa nama yang korang suka. Yang penting intipati dia sebenarnya berkaitan dengan 'Sardin' :)

    Actually resepi ni aku jumpa dekat suratkhabar Metro bertarikh 18hb Ogos 2010 (Rabu). Mula-mula tengok resepi ni, aku macam tak percaya, betul ke boleh jadi mcam ni? Apataknya, selalunya kalau kita buat karipap atau sardine roll ni, benda pertama yang aku rasa paling leceh nak buat ialah part kena uli tepung dengan marjerin. Perghh~paham-paham jelah nak uli tepung bukannya senang. Silap teknik menguli, confirm karipap atau sardine roll korang tu jadi keras semacam. Tapi yang bestnya untuk resepi ni, korang tak payah uli tepung bagai tapi korang cuma guna Roti je sebagai kulit dia. Hah~suspen tak? Nak tau kisah selanjutnya. Jom masuk dapur aku :)

    Bahan-bahannya:
    1. 1 bungkus Roti Gardenia / Roti Hi-5 bersaiz biasa (potong kulit sekelilingnya)
    2. 1 biji bawang besar (dipotong halus-halus)
    3. 2 ulas bawang putih (dipotong halus-halus)
    4. 1 batang cili merah (dipotong halus-halus)
    5. 1 tin Sardin bersaiz besar (aku suka guna cap Ayam)
    6. 1 biji kentang (dipotong dadu)
    7. 1 sudu besar mentega (untuk tujuan menggoreng sardin dan bahan-bahan yang terlibat)
    8. 1 biji limau nipis (nak letak boleh, tak letak pun tak apa. Untuk resepi ni aku tak letak pun :))
    9. Garam dan ajinomoto secukup rasa

    Bahan-bahan untuk pes tepung (gaulkan kedua-dua bahan, tujuannya digunakan sebagai pelekat pada roti)
    1. 2 sudu besar tepung gandum
    2. 3 sudu besar air
    Cara-caranya: 

    1. Rata atau leperkan permukaan Roti Gardenia / High 5 dengan menggunakan rolling pin. Kalau nak tekap guna corak-corak comel lepas dah leperkan tu pun boleh jugak *ikut kreativiti korang*
     
    2. Sediakan bahan-bahan untuk menggoreng. Bawang besar, bawang putih, cili merah dan kentang.

    3. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar mentega. Gorengkan bawang besar dan bawang putih dahulu sehingga naik bau. Kemudian campurkan bersama-sama kentang, cili dan isi sardin yang telah dibuang sosnya.
     
     4. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi hingga sebati. Masukkan sekali garam dan ajinomoto secukup rasa. Waktu ni kalau nak perah limau nipis pun boleh juga. Bila dah siap menggoreng, ketepikan dan sejukkan dahulu.

    5. Sediakan pes tepung untuk tujuan melekatkan bahagian mudah tertanggal pada roti (Peringatan: jangan gunakan gam UHU hokeh :P hihi~)

    6. Masukkan inti sardin yang dah sejuk tadi di bahagian tengah roti, gulungkannya dan dibahagian hujung roti tersebut lekatkan dengan pes tepung.

    7. Picitkan kedua-dua bahagian roti kiri dan kanan dengan jari anda untuk memastikan isi sardin tidak terburai keluar sewaktu menggorengnya.

    8. Ready untuk digoreng!!

    9. Goreng sehingga keemasan *prosperity gitu~*

    10. Tara~sedap dimakan bersama chili sauce dan mayonese. Rasanya? memang sebijik macam makan sardine roll *takkan rasa macam makan pizza la pulak haha~*

    Anyway, selamat berbuka puasa kawan-kawan ;)
    Kalau dah cuba, bagitahu tau!

    Aug 18, 2010

    Anda Suka Gambar Yang Bagaimana?

    Korang suka ambil gambar tak? Eh, tak suka? Suka tengok gambar je.
    Ohh, ok tak apa *bunyi nada rasa bersalah especially untuk orang yang gila bergambar macam aku haha~*
    Selain dari ambil gambar muka aku sendiri *hehe~memang i mengaku hokeh!*
    Sekarang ni aku tengah cuba-cuba nak belajar ambil gambar benda bukan hidup tapi nampak macam hidup.
    Woosshh!! apa tu?
    Haha~alahhh, macam gini, aku suka tengok teknik-teknik ambil gambar macam anak patung ke atau makanan ke, atau benda-benda lainlah yang tak hidup pun tapi bila diterjemahkan dalam gambar macam kita rasa benda tu betul-betul ada depan mata kita.
    Eee~aku kagumlah orang yang terror ambil gambar macam gini.
    Kalau tengok gambar-gambar macam gini, rasa macam nak masuk je dalam dunia dia. Contoh collection gambar-gambar yang aku suka tengok macam dari HaileyKitten ni. Comel~je memanjang. Jealous aku tengok. Rasa macam nak gigit-gigit je. Dan gambar dekat AllThingsKawaii[dot]net ni pun selalu buat aku geram. Kalau tengok gambar dekat HelloKittyJunkies ni korang toksah ceritalah. Aku boleh duduk termenung lama-lama menikmati ke'cute'an melampau yang dia ada. Hoii! Kenapa kau boleh ada benda-benda cute macam ni hah? Meh bagi dekat aku sikit.*mesti dia akan kata, gilo ke hape pompuan ni..ehhehehe~tak baik tau :P*

    "credit to HaileyKitten "

    "credit to MissBonBon at AllKawaiiThings[dot]net"

    "credit to HelloKittyJunkies"



    Eh, kenapa lising gambar-gambar favourite aku ni semuanya pasal benda-benda cute a.k.a kawaiiness ni? Habis dah aku suka benda-benda yang cute nak buat macam mana. Terpaksalah korang redha kan jelah haha~

    Tapi untuk teknik ambil gambar permandangan, bilik, makanan, orang atau haiwan pulak, aku suka sangat tengok Kevin & Amanda punya website. Amboi sebut Kevin & Amanda tu macam best friend aku je. Hoho~jangan salah paham dia tak kenal pun aku. Dan aku pun tak kenal sape dia? Muahaha~ Tapi aku kenal dia sebab website dia yang best tu. Kiranya walaupun tak kenal dia tapi aku anggap dia macam mentor aku gitu. Banyak sangat perkara yang dia sudi sharing. Ni mat salleh tak kedekut ni aku rasa hehe~ Dekat website dia jugak dia ada tunjuk macam mana nak jadikan cahaya dekat pokok Christmas jadi bentuk love, star dan macam-macam lagik. Tak percaya? Korang click sini. Amacam, best kan? Dan gara-gara dia jugaklah aku bersemangat nak beli camera DSLR sebabnya nak ambil gambar sama cantik macam dia ambil hihi~

    "credit to Kevin&Amanda *perrghh! Yummy*"



    Okie kawan-kawan, doakanlah kejayaan aku nak beli camera DSLR ni.
    *kalau tak doa maknanya korang tak sayang aku :P*
    Selain tu, korang bagitahulah aku yang korang pulak suka gambar yang macam mana?
    *jangan gambar tuttt~ sudah :P*

    Aug 17, 2010

    Tips Mendisiplinkan Anak Kecil

    Orang tua-tua kata Melentur Buluh biarlah Dari Rebungnya.
    Tapi bila dah jadi buluh, dah tak boleh lentur lagik. Korang bolehlah buat masak lemang.
    Sedap dimakan, perut pun kenyang.
    Hoi!! apa engkau merepek ni labu~
    Haha~jangan marah daa~
    Kalau zaman mak ayah kita dulu-dulu, dorang kata, bila kecil-kecil buat nakal.
    Cara nak disiplinkan dorang ialah dengan R.O.T.A.N
    Huishh~takut ok dengar perkataan rotan atau sebatan ni, lebih-lebih lagik bila dengar sound effect 'Dushh Syummm' yang keluar dari mulut rotan tu.
    Baru dengar macam tu je automatic korang akan rasa macam nak terkucil, betul tak?
    *eee~ala-ala scary movie macam tengok hantu jugaklah*
    Memang dahsyat sungguh kuasa rotan ini *ish..ish..ish..*

    "source from google"

    Walaupun aku tak pernah kena rotan *eceh~nak kata aku ni tak pernah buat nakallah tu waktu kecik-kecik,sejuk je perut mak akukan! hihi~*
    dan seboleh-bolehnya aku taknak rotan anak-anak aku kalau buat nakal.
    Tahla ek, rotan ni aku rasa macam tak praktikal sangat untuk budak-budak kecil moden yang bijak berkata-kata.
    Lagi satu, dah macam penderaan. Yelah bila kuasa dah ada dekat tangan, kita akan jadi lupa daratan diri. Konon nak bagi warning tapi kita jadi over acting react *oppss~terlebey sudah*
    Cuba bayangkan kalau tetiba korang kena pukul dengan orang yang korang tak kenal tanpa sebab. Tup-tup orang tu mintak maaf kononnya tak sengaja buat macam tu. Korang rasa macam mana?
    Nak terima dengan rela hati *ish~tak percaya aku* Confirm korang rasa tak puas hati, betul tak?
    So, aku rasa macam tu jugaklah dengan perasaan budak-budak kecil.

    Jadi pendekatan secara psychology rasanya lagik berjaya kot dari buat kekerasan melampau.
    Memang lambat dorang nak terima apa yang kita cuba explain, tapi lama-lama dorang akan paham dan ikut.

    Kalau tanya cara aku mendisiplinkan anak kecil aku yang 3 orang tu.
    First, aku memang kena banyak bercakap *eh, bukan membebel k. Membebel tu kategori tak henti-henti bercakap benda yang annoying sampai rasa macam nak cabut telinga sendiri masuk dalam poket seluar~haha~*
    Bercakap dekat sini, lebih kepada memberitahu benda yang sama berulang-ulang kali.
    Contoh: 'Dah lepas main, please kemas semua mainan tu', 'Dah habis makan, please letak plate dekat sinki', 'Dah ambil barang tu, letak balik dekat tempat asalnya' dan bla.. bla.. bla..
    Aku akui formula ni agak slow untuk diterima oleh budak-budak kecil ni sebab dorang senang sangat terlupa apa yang kita ingatkan tu. Tapi percaya tak, kalau aku cakap anak aku yang sulung 'Danish~4tahun' dah boleh diharapkan. Sekarang ni, dia jadi assistant bercakap bagi pihak aku untuk adik-adik dia. Haha~aku panggil dia Hanny Manny Helper *ni pengaruh cerita kartun Hanny Manny yang dekat channel 613 tuhla*

    Second, banyakkan pengaruhi anak-anak kecil dengan cerita-cerita yang berfaedah dan bertauladan baik. Walaupun Ultraman tu baik sebab tolong orang ramai bunuh raksasa, tapi part pukul-pukul tu yang aku tak suka. Violence hokeh! Lagik satu, budak jadi confuse, nanti dorang pikir cara nak selesaikan masalah senang je, main pukul-pukul orang macam tu aje. So, aku recommend sangat-sangat korang bukakkan channel 613 untuk anak-anak korang start dari baby lagik. Sebabnya selain men'improve'kan english language dorang, anak-anak korang akan pandai nasihatkan korang pulak. Siap bagitau mana yang elok untuk buat dan mana yang tak elok. Dan cikgu english yang ajar aku dan hubby setiap kali kitaorang tersalah guna satu-satu perkataan english sekarang ni ialah Danish *masalahnya english Danish UK Version, perghh~ Mama Papa dia pulak Manglish Version haha~ kesabaran jelah aku jadinya.*

    Third, susun atur rumah pun memainkan peranan penting untuk didik anak-anak kecik ni. Kalau tengok entry aku yang sebelum ni http://www.reenaonline.com/2009/07/rumahku-syurgaku.html korang boleh tengok aku sediakan tempat untuk anak-anak aku bermain, bekas-bekas/kotak mainan untuk simpan semua barang mainan yang dah main, tempat untuk landing tidur bila dah penat bermain, tempat untuk ambil air masak, board untuk conteng-conteng *ni antara cara-cara nak elakkan daripada dinding rumah kita orang jadi mangsa graffiti :P haha~*, meja dan kerusi untuk baca buku/makan/coloring, tempat hanging towel untuk memudahkan anak aku capai lepas keluar toilet dan macam-macam lagik. Sebenarnya dengan cara macam ni, korang dah train anak-anak kecil korang supaya berdikari sendiri. Dan kaedah ni pada aku boleh melebihkan masa untuk diri korang sendiri, takdelah anak-anak nak harapkan mama papanya je sepanjang masa. *Hmm~aku ingat nanti one day nak ajar anak aku lipat bajulah pulak~haha~*

    Forth, sediakan jadual waktu untuk anak-anak kecil ni. Contoh : bangun tidur pukul berapa, lepas bangun kena mandi, breakfast, nap, lunch, tengok tv, nap, minum petang, tengok tv, dinner, minum susu dan tidur. Maybe jadual waktu ni adakalanya kurang berkesan untuk anak-anak aku. So bila kena macam ni, sebagai ibubapa korang kenalah ambil peranan jadi tegas lebih sikit. Selalunya kalau kat rumah aku, yang tukang ambil peranan tegas nih akulah orangnya. Haishh~tak taulah kenapa anak-anak aku kalau dengan papa dia selalu tak menjadi. *Agaknya muka mama dia ni, ada iras-iras cikgu besau kot ekekeke~*

    Fifth, bila anak-anak kecil buat silap, jangan sesekali dibiarkan macam tu aje. Maksud aku, janganlah korang anggap 'tak apelah, dorang kan kecik lagik'. Hah~nihla yang selalunya mewujudkan ke'spoil'an perangai anak-anak korang bila dah besar nanti. Contoh: kalau anak-anak tak sengaja pecahkan pasu bunga korang yang comel-lote tu, korang nasihatkan dengan elok. Cakap je lain kali, taknak main dekat dengan pasu mama. Kalau jatuh dekat kaki ke, atau terkena serpih pasu tukan merbahaya. Dan kalau perkara tu disengajakan even dah diberi warning bersound mulut sampai 3 kali. Korang tepuk jelah tangan anak korang tu sebagai tanda yang dia dah buat silap, jangan lupa explain sekali dekat dia yang tujuan korang buat macam tu sebab korang taknak sesuatu yang tak elok jadi, selalulah membiasakan diri memberitahu anak-anak, yang korang sayang dekat dia. Insya-Allah anak-anak korang akan paham dan percayalah, mereka akan lebih respect korang sebagai ibubapa.

    Sixth, jadikan diri anda contoh terbaik untuk anak anda ikuti bila mendisiplinkan anak-anak. Yelah, janganlah pulak tang anak-anak kita marah bila buang sampah merata-rata tapi sebenarnya kita pun 2x5 jugak selamba campak tisu keluar dari kereta. Kalau korang kena marah tak pasal-pasal macam ni pun, mesti korang kata 'alahh~cakap tak serupa bikin'. Mulalah nak jadi pemberontak dalam senyap, rasa tak puas hati je. So, yang penting, korang pun kena belajar untuk berdisiplin jugak. Takpun cuba letak situasi korang dalam diri anak-anak anda. Sekurang-kurangnya korang akan lebih memahami perasaan anak-anak korang. Macam aku pulak, bila anak aku menangis aku pun tak pasal-pasal rasa macam nak nangis sama huhu~sedangkan dorang nangis sebab aku jugak yang tak bagi beli apa-apa yang dorang nak, contohnya : beli gula-gula. Haishh~nak buat macam mana, gula-gula tak bagus untuk tumbesaran gigi kanak-kanak hokeh! :)

    Seventh, disiplinkan anak-anak kecil dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat. Aku memang fussy bab-bab makanan ni. Sebab tulah aku sentiasa kekal langsing menawan *eh, jangan perasan hokeh, ni pasal anak-anak kecil* Yelah, yelah tak bagi chance langsung~haha~ Kebanyakan makanan anak aku memang habis dicatu oleh aku. Kiranya makanan yang boleh dimakan oleh anak aku mesti dapat approval dari aku dulu. Kalau tak, pengawas tua ini akan sembunyikan makanan tu, untuk dimakan sewaktu semua anak-anak tengah tidur *kejam sungguh~tihihi~* Nihla antara senarai makanan yang tak mendapat sijil pengiktirafan dari aku : gula-gula, jajan/cikedees *makanan ringan*, chocolate, makanan yang mengandungi unsur pewarna, garam berlebihan *atau ajinomoto berlebihan*, gula berlebihan, air berkarbonat/bergas/berais, kesemua air-air manis kecuali vitagen, yogurt atau yakult dan makanan terlebih minyak *selalunya terjadi kalau beli ayam goreng dekat pasar malam*. Percaya tak, bila mereka tak dibiasakan dengan makanan-makanan yang pelik macam ni, even dioffer oleh orang lain contoh terdekat rakan seusia mereka. Mereka confirm akan menolaknya.

    Eighth, faktor suara pun boleh mempengaruhi cara mendisiplinkan anak-anak kecil tau. Bunyi macam kelakarkan? Tapi serius menjadi hokeh sebabnya anak-anak kecil mudah keliru dengan apa yang kita perkatakan. Kiranya bila kita marah tapi suara macam nak ajak main gurau-gurau *aku pun confused kalau macam tu, kau ni nak marah ke nak ajak bergurau* So, bila bercakap dengan anak-anak tu, korang gunakanlah nada-nada yang berasingan. Contohnya, bila anak berjaya buat sesuatu, korang keluarkan suara excited yang korang happy dengan kejayaannya. Bila korang tak bagi dia buat sesuatu macam bermain depan kipas ke atau pasu bunga ke. Memula tu korang keluarkanlah suara amaran biasa untuk mengingatkan dorang yang perkara tu merbahaya. Dan kalau suara amaran biasa tu, tak diterima sampai 3 kali, barulah korang keluarkan suara amaran besar sebagai tanda yang korang betul-betul serius dengan apa yang korang perkatakan. Kalau boleh taknak dia ulang perbuatan yang sama.

    Aku mengaku bukan mudah bertitlekan ibu bapa ni. Besar tanggungjawabnya, serius kadang-kadang timbul jugak rasa give-up bila anak-anak tak dengar cakap kita. Tapi tuhla dia, tuhan selalu cakap banyak ganjaran untuk orang-orang yang bersabar. Bersabarlah k, tak rugi mana pun~ Dalam mendisiplinkan anak-anak ni, bagilah mereka peluang jugak untuk menikmati dunia kanak-kanak. Kesianlah pulak, kalau semua benda dorang tak boleh buat. Dah macam duduk dekat camp militarylah pulak gayanya hehe~

    Oklah, guru disiplin dah ngantuk nak tidur. Bye semua :)


    Aug 16, 2010

    Sylvanian Families - Street Market Set

    Hari ni sessi tayang-tayang collection Sylvanian Families yang baru aku beli demi menyahut seruan kerajaan supaya menghabiskan duit sempena Mega Sales bulan Ogos ni.
    *Hehe~suka-suka hati je yek :P*
    First of all kita tayang 1st box dulu.
    *Hamboii~bunyi 1st box macam beli berdozen-dozen gitu ekekeke*
    Set ni nama dia: Street Market Set.
    Walaupun nama dia Street Market atau nama kurang glamor yang dipopularkan di Malaysia ialah Pasar Lambak mahupun Pasar Malam.Korang jangan risau, ianya tidak menjual benda-benda hanyir seperti Ikan, Udang atau pun Ayam.Yang ada dekat Pasar Malam ni ialah Waffle Cute yang dibalut comel. Bila beli kompom sayang nak gigit Waffle tu. Dan Toys yang biasanya dijual di Pasar Malam bagi tujuan mengumpan si kecik supaya menjerit-jerit membuat bising agar impian memilikinya akan terlaksana.
    *sigh~sabar ajelah*


    p/s : tengok pic yang aku tepek ni, ada terasa macam nak pergi Pasar Ramadhan tak? tihihi~