Blogger templates

Aug 19, 2011

Daiso Japan, Always RM5, Everything Imported From Japan

Telek punya telek dalam blog ni, rupa-rupanya saya terlupa nak uploadkan entry Daiso ni.
Nilah jadinya kalau terlampau 'busy body', entry yang dah taip terperam tak buat auto-publish *aiseyyy*. Nak tak nak saya buat story baru k. Hehe.

So, rasa-rasanya ramai dah tau pasal kewujudan kedai Daiso ni dekat Malaysia kan?
Especially orang-orang yang gilakan benda-benda kiut dan unik dari negara Jepun, mesti dah macam-macam items dah korang beli dekat Daiso dan kumpul *sayalah tu sayalah*

Walaupun sebelum ni pernah wujud Kedai RM2 yang cukup glamor di tempat korang dan kebanyakkan barang-barangnya imported from China *hehehe* tapi kualiti barang-barang ni tak boleh menandingi Kedai Daiso *tak tipu tau*. Untuk harga RM5 korang boleh beli macam-macam dekat sini dari alatan memasak, menghidang, pakaian, alatan menulis, alatan menjahit, mekap, pertukangan, hiasan rumah, alatan membersih rumah, berkebun dan macam-macam lagiklah *rasanya Astro pun kalah*. Korang boleh duduk berjam-jam telek semua barang-barang dekat sini sebab kebanyakkannya barang-barangnya memang takde jual pun dekat tempat-tempat lain. Dan kalau ada pun belum tentu dengan harga RM5.00.

Sebab seronok sangat bershopping dekat Kedai Daiso, Japan ni. Saya pernah berjaya merebut takhta menjadi mayor selama sebulan dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara *fewittt*. Eh, apa cerita mayor pulak ni? Oh, mesti korang tak pernah main application Foursquare ye? Untuk sesape yang ada handphone iPhone atau Blackberry bolehlah download application ni. Nak tau lebih detail picit dekat nama Foursquare ni cara-cara nak guna.

Cawangan-cawangan Kedai Daiso, Japan ni pun rasanya dah bertambah. Kalau dulu cuma ada dekat The Curve, Mutiara Damansara dan IOI Mall, Puchong sahaja. Tapi sekarang ni dah ada dekat Sunway Pyramid, One Utama (Wing Baru) dan Sungei Wang Plaza. Bagi korang yang duduk area negeri Melaka dengan Johor Bahru pulak, location Daiso ni terletak dekat Dataran Pahlawan, Melaka dan Jusco Bukit Indah, Johor Bahru. Seronoklah korang sekarang ni, boleh shopping dekat mana-mana Kedai Daiso *yeay*.

Anyway inilah pic yang sempat saya rakam dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Ini tempat lepak wajib saya *peace*.

Kemaskini / Update terbaru : Daiso dah ada dekat Queensbay Mall, Pulau Pinang, Jaya Jusco, One Utama, Damansara (level bawah sekali) dan The Mines (hoorey!!)


Entry lain berkaitan Daiso, korang bolehlah jenguk dekat link bawah :-











p/s: By the way, kawan blog saya Ida pun rajin datang sini jugak. Awak, bila kita nak jumpa face-to-face ni? *hehe*




29 comments:

  1. last time sy pg daiso ni kat queensbay mall,penang..brg xde bnyk mcm ni..hehe..nk pg tmpat sis slalu pg ni lah..tgh mencari smthing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh... jauhnya sampai carik dekat Queensbay Mall... memang orang sana ke ni?

      Delete
  2. I slu g daiso ioi mall puchg.... Heaven nye!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, rasa macam duduk dalam tu berhari-hari pun takpe. Hehe...

      Delete
  3. Replies
    1. Dekat Kedah takde Daisolah dear, tapi kalau dekat Queensbay Mall, Pulau Pinang ada Daiso :)

      Delete
    2. Sis kt daiso queenbay tu de jual charcoal mask tak??

      Delete
  4. xblh order kt sis ke?ehehehehe..jauhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tunggu akak jadi penjual Daiso eh?

      Delete
  5. Hari sempat pi sekali daiso yang baru bukak kat Mines. SUKA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... dekat Mines pun dah ada Daiso ye :) Best-best!

      Delete
  6. masih mencarik2 jelly mould hello kitty..payah nk dpt..ada info x ? nk guna time dh suntuk lak tu..hmm

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. ha ah , ipoh ada . dekat aeon station 18 :)

      Delete
    2. Thanks Adibah :) Akak pun tak berapa pasti sebenarnya.

      Delete
  8. pertama kali mendengarnya,bolehlah saya cari di melaka memang perlu nak cari brg kraft spt ini,tq reena kerana berkongsi info,okeh saya follow awak ya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Ai :)

      Selamat ber kraf ye...

      Delete
  9. thanks for the info !! nak kerja kat daiso tapi untuk awal tahun depan..kalu ambik borang mintak keja awal boleh tak..huhu teringin sangat nak kat daiso nih..boleh usha2 barang dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita tak tahulah awak... :) Kita bukan Manager Daiso... Suka datang beli barang dekat sini je.

      Delete
  10. Daiso Japan adew dekat Mid Valley Megamall.... arghhh !!!!!!!!! syok nyer... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius????!!! Wahhh.... macih la bagitahu :)

      Delete
  11. tak semua dari jepang la... bace betulx2... happy shopping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun... sama jugak dengan barangan Malaysia tak semuanya dibuat dekat Malaysia kan? :)

      Delete
  12. selalu g doiso ... rm5 mmg murah. tapi bila dah total ... mau puluh2 jgk. rambang mata. hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang pun selalu sangat terjadi dekat akak :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)