Blogger templates

Jan 29, 2012

Fesyen Tudung Terkini

Bila diperhatikan fesyen tudung dulu dan kini banyak betul bezanyakan? Dulu, pilihan kita tak banyak. Pergi mana-mana kedai tudung pun yang paling banyak ialah tudung bawal. Lepas tu siap ada gred pulak tu. Selalunya gred nombor 1 untuk yang harga paling mahal dan terbaik, gred nombor 2, kasar sikit texturenya dan begitulah seterusnya. Tapi sekarang ni pilihan tudung lebih meluas. Tepuklah handbag, tanyalah selera gitu (boleh tak camgitu? Hehe). Ada tudung sarunglah (yang macam Ekin pakai tu), tudung satin (yang ni Yuna suka pakai dulu-dulu, sekarang tidak lagi), tudung pashmina (yang dipopularkan oleh Hana Tajima), tudung syria, tudung bawal kosong (i suka tengok Dian Pelangi gayakan tudung macam gini), tudung shawl dan macam-macam lagiklah. Cantik-cantik semua fesyen tudung sekarang ni, rambang jugaklah mata nak buat pilihan.

Macam mana pun dalam banyak-banyak jenis tudung. I lebih suka kenakan tudung pashmina atau pun shawl. Bukan sebab Hana Tajima pakai tudung pashmina nampak cantik, walaupun diakui dia sememangnya cantik. Hehe. Tapi i rasa macam kurang berkemampuan nak beli tudung yang jenis sarung. Ada sesetengah harga tu sampai cecah RM90.00 sehelai (mak aihh). Pernah jugak i beli sehelai dua waktu sales (mampulah beli bila dah diskaun, harga jadi RM35.00) tapi sampai rumah i rasa frust sebab ketat (ok, confused jugak secara tiba-tiba muka jadi lebar) Nak tetas jahitan dekat leher, i teringat tudung kawan i yang berbulu dekat leher gara-gara kepakaran dia (eh, berbulu sebab benang hokeh). Sudahnya i simpan je mana tau, satu hari nanti muka i jadi kurus ke. Hehe.

Pengalaman macam ni buat i rasa serik, yelah membazir je beli tapi tak dapat pakai pun. Jadi i mula belajar lilit-lilit dengan pashmina / shawl melalui tutorial Youtube dan gambar. Bila dah biasa pakai tudung guna pashmina / shawl, i sampai dah tak ingat macam mana gaya lilit yang i buat. Semua ikut keselesaan i je. Lagipun pada i, harga pashmina / shawl ni lebih murah berbanding tudung sarung. Hanya RM5.00 dan RM10.00 je sehelai dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kalau beli banyak (selalunya i share dengan kawan beli ramai-ramai) boleh dapat harga lagik murah. Yang penting waktu sesi tawar-menawar, kenalah pandai pujuk rayu sikit tokey kedai tu. Tak salahkan mencuba. Manalah tahu berjaya ke, boleh save duit, dapat beli corak pashmina / shawl lain pulak (eh, ke situ pulak dia eh... hehehe). Kalau korang nak tau, walaupun pashmina / shawl ni murah, tapi bila kena gaya ikatan dan pakaian yang sesuai. Pashmina / shawl boleh nampak eksklusif tau (hamboi... cakap macam pakar fesyen aje. Tihihi).

Takpelah, yang penting apa pun jenis tudung yang kita pakai kenalah ikut syariat dalam islam dan yang paling penting menutup aurat. I tak nak cakap pasal hukum islam lebih-lebih, takut... sebab i pun bukanlah manusia sempurna. Kata orang, tak cukup lagi ilmu didada. I teringat ceramah Ustaz Kazim Elias baru-baru ni dekat office i. Kata Ustaz Kazim, "sekarang ni, semua orang, tak kira sesiapa pun berlumba-lumba nak keluarkan pendapat mengenai Islam. Tapi bila bab mengenai ekonomi, bola atau politik, kita tahu untuk serahkan pada yang pakar menjawabnya. Takde pulak kita suruh makcik yang jual karipap ke yang bagi pendapat. Sampaikan pendapat Islam yang dikeluarkan oleh mufti pun kena pertikaikan. Astaghfirullah". Agak-agak korang apa maksud sebenar yang nak disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias tu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Ok, dekat bawah ni i nak tunjuk gambar antara koleksi pashmina / shawl dalam simpanan i yang kebanyakannya i beli dekat Jalan Tengah dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Dan gambar tutorial tudung pashmina / shawl yang menarik untuk dikongsi dengan korang (tutorial ni bukan i yang buat tapi tutorial dari orang lain. Credit untuk mereka ini). Err... tapi kalau i buat tutorial ada ke orang nak tengok? (kih-kih-kih iyola tu).

Kemaskini / Update terbaru
Nak baca entry / ulasan i berkaitan tudung yang i beli, bolehlah klik link di bawah :-

MAYSAA
http://www.reenaonline.com/2012/01/tudung-hana-tajima-tudung-maysaa.html

AL-HUMAIRA' CONTEMPORARY
http://www.reenaonline.com/2012/02/al-humaira-contemporary.html

http://www.reenaonline.com/2012/07/al-humaira-contemporary.html

AIDIJUMA
http://www.reenaonline.com/2012/03/tudung-aidijuma.html

Nak tengok bagaimana pemilihan warna yang i buat antara baju, tudung dan seluar, boleh tengok link yang ini :-

http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-memilih-warna-pakaian.html

Kalau nak tengok tutorial lain, boleh tengok link yang ini pulak :-

TUTORIAL SHAWL
http://www.reenaonline.com/2012/07/youtube-tutorial-shawl-dari-al-humaira.html

TUTORIAL TUDUNG BAWAL
http://www.reenaonline.com/2012/03/tutorial-tudung-bawal.html


Simple je koleksi tudung i kan?

Tutorial dari http://scarfsweethoney.blogspot.com

Tutorial dari http://scarfsweethoney.blogspot.com

Tutorial dari http://colourfulcollections.com

p/s : kreatif cara dorang lilit pashmina kan? Terus jadi cantik.

34 comments:

  1. banyaknya cara nak pakai tudung... my family semua sepesen je diorang pakai tudung... hahah. old-fashioned sket diorang nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sebab old-fashion kot hehe.. Maybe sebab dah selesa style macam tu. Takpe, nanti ajarlah dorang macam mana nak pakai tudung fesyen baru :)

      Delete
  2. wah manis2 awek yg jadi model tudung2 kan kak reena!

    psst,suke bce entry ni even pjg berjela...

    *tgh cari ilham nk krg entry pjg mcm ni*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, kakak lagik? Aku karate jugak dia ni. Hehe... Sape yang lagik tua ni?

      Tulah, rasanya so far entry kau semua ciput-ciput kan? Lemah jari-jemari ni. Hehehe

      Delete
    2. HAHAHA..okeh2 reena! eh salah pn.reena..6-*

      Delete
  3. ohsem..thanks for sharing..i will try it :)

    ReplyDelete
  4. Berapa banyak pin nak kena pakai? Akak takut jek kena tiup angin, terbarai semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kelakarlah akak ni. Mana tempat akak pegi ni sampai angin bertiup kencang? Tahla eh, so far saya pakai satu brooch dengan satu peniti je. Alhamdulilah takdelah sampai terbarai semua :)

      Delete
    2. Dalam office ni pun dah melayang2 .. hehe. Aircond sejuk dgn angin yang kuat tala kat akak ni. Kang terbuai2 ditiup dek angin :-) Nak try pakai jugak sebenarnya.

      Delete
    3. Tak cuba memang tak tahu kak. Bila dah cuba baru tahu senang ke tak pakai pashmina / shawl ni. Saya awal-awal pakai pun rasa macam ada je tak kena sebab takut sengetlah, tertanggal penitilah. Lagiklah dengan nak uruskan budak-budak kecik semua tu bila berjalan. Alhamdulilah takde kejadian tudung melayang pun :)

      Delete
  5. sis, i suka tengok ....
    tapikan muka i molat...
    so mmg tak kena kalo pakai inner yg kelepek gitu...
    kena inner yg ada awning baru boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kita pulak rasa terbalik kak. Bila pakai yang awning rasa pipi ni tak puas mengembang macam kena himpit je. Keh-keh-keh. Sebab tu main selamba je pakai inner kelepek. Tapi kalau pakai inner awning, boleh je kalau pakai shawl yang lilit simple tu kak. Mesti cantik nanti :)

      Delete
  6. sameqom acik reena..saya xpham larh cara pkai tdung pashmina 2..cm terbelit2 plaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam awak anonymous :)

      Memang berbelit pun, jangan terbelit sudah. Hehehe...

      Anyway senang sebenarnya, kena tahu teknik nak melilitnya aje.

      Delete
  7. Skrg ni mcm2 patern tudung. Sy yg tk pakai tudung ni pun terus infin nk pakai tudung. Cuma muka bulat semacam. Mane yg ok ek???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish... muka bulat pun elok je pakai :) yang penting muncungkan sikit bahagian atas tudung. Nak bagi ilusi seakan-akan muka runcing. Insya-Allah harap dipermudahkan segala-galanya :)

      Delete
  8. teringin nak lilit lain plak, tp slalunya fail .. kreatif kan dorang .. u pun pandai lilit & nampak kemas jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu cuba pakai tudung lilit sebenarnya, insya-Allah lama-lama biasalah nanti :) Anyway, terima kasih awak.

      Delete
  9. THANKS WT TUTORIAL NI..NT NK TRY LA..BRU BLI PASHMINA 1 NI...BARU2 NK TRY PKAI SHAWL SBB TGK DORG GOJES JE PKAI SHAWL...HIHI

    ReplyDelete
  10. THANKS WT TUTORIAL NI..NT NK TRY LA..BRU BLI PASHMINA 1 NI...BARU2 NK TRY PKAI SHAWL SBB TGK DORG GOJES JE PKAI SHAWL...HIHI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... saya tolong buatkan entri je. Anyway terima kasih awak. Lepas ni mesti dia nampak gorjes kan? :)

      Delete
  11. Thankz 4 sharing these...it helps me a lot ^_^

    ReplyDelete
  12. alahai lawa2 semua....nak try laaaaa

    ReplyDelete
  13. banyaknya tudung akak , ayuu gituu warna tudung dalam tutorial tuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, banyak ke? Rasanya taklah banyak mana. Sebab kadang-kadang tu pening asyik pusing pakai tudung yang sama je :) Hehehe...

      Delete
  14. tq sbb share nie... tpy ade satu cara yg sye tak fhm sgt... btw tq... =D

    ReplyDelete
  15. tq sbb share bende nie... tpy ade sikit yg sye tak fhm ... btw tq,, =D

    ReplyDelete
  16. Sis..jln tengah tu kat mana ye?

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)