OHSEM PEOPLE!!

Advertisement

Jan 25, 2012

Qdees Annual Concert 2011 / Konsert Tahunan Qdees 2011

Qdees Annual Concert / Konsert tahunan Qdees Danish diadakan di Sekolah Sri KDU, Kota Damansara pada 29hb Oktober 2011. Jadi, sebelum pukul 7:30 pagi lagik kita orang dah hantar Danish ke Qdees. Principal Emy awal-awal lagi dah sms / bagitau kepada semua parents supaya semua student yang terlibat untuk acara konsert tahunan Qdees kena berada awal pagi di Qdees sebab takut ada student yang tertinggal / tercicir bas. So, ibu bapa dan saudara-mara yang nak hadir pulak bolehlah datang kemudiannya waktu upacara dah nak mula.

Sepanjang 2-3 minggu Danish berlatih untuk acara konsertnya, i langsung tak tahu apa sebenarnya persembahan yang Danish akan buat. Setiap kali i tanyakan soalan pasal persembahan special sempena konsertnya tu, Danish mesti buat muka selamba sambil kata, "oh, Danish dance Party Rock Anthem dengan Asmaradana." "Yelah, tunjuklah sikit dekat mama macam mana Danish dance?" I cuba mengumpan dia. "Danish dance 1, 2, 3, 4. 1, 2, 3, 4." Sambil goyang-goyangkan badannya. Kemudian, dia sambung main iPad balik. Huh, penat betul kalau buat soalan pasal aktiviti Danish dekat school ni. Setiap kali ada benda-benda yang interesting mesti dia tak nak bagitau dekat mama atau papanya. Rahsialah kononnya tu. Sudahnya i tunggu je sampai hari untuk konsert Danish, habis cerita. Tak payah nak pening kepala fikir.

Lebih kurang pukul 11:15 pagi, kita orang tiba di Sri KDU, Damansara. First time ni jejak kaki dekat sini. Sebelum nak masuk ke kawasan sekolah, kita orang semua kena tahan dengan Mak Guard yang bersenjata. (fuh... Suspen tak? Suspen tak?) Hehe... Senjata yang dorang pegang tu untuk tembak temperature suhu badan sebenarnya. Kalau korang demam, secara automatik korang dilarang memasuki kawasan persekolahan. Nasib baik kita orang (i, hubby, Ariana & Damien) semua melepasi ujian suhu badan. Fullamak, sampai macam tu sekali. Canggih tak canggih Sekolah Sri KDU ni. Private school lah katakan.

Bila masuk ke dewan Sekolah Sri KDU, dah 15 minit rupanya upacara konsert Qdees berjalan. Seronok tengok gaya budak-budak kecik buat persembahan. Ada je keletah dorang yang comel dan kelakar. Tapi i paling tak sangka bila Danish terpilih mewakili kelas dia iaitu kelas Mozart untuk bagi ucapan sebelum persembahan dimulakan. Terharu, terkejut dan bangga sangat tengok dia berdiri di tengah stage dengan mikrofon. Sejuk rasa perut mengandungkan Danish gitu. Hehe... I rasa macam nak jerit bagitau semua parents dekat situ, yang berucap dekat depan tu ialah anak i (overkan? Hihi).

Overall, i suka tengok kesungguhan semua pelajar Qdees yang menjayakan konsert tahunan Qdees waktu tu. i rasa bukan setakat i sorang je yang bangga, ibu bapa dan seluruh warga kerja Qdees pun mesti rasa macam apa yang i rasa. Semoga Qdees terus berjaya mendidik dan melahirkan anak-anak yang berjaya untuk masa depan.

Ok, jom tengok gambar pulak.












p/s : melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak gitu? Hehe

4 Say (s):

  1. oic skola private iyer!

    Hehe... I rasa macam nak jerit bagitau semua parents dekat situ, yang berucap dekat depan tu ialah anak i (overkan? Hihi). <---lucu lah kak reena..*part ni bace senyum byk*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, lenkali senyum banyak-banyak lagik ye. Senyum tu sedekah.

      Delete
  2. at times anak2 kita mmg bagi kezutan kat kita kan...
    bila kat rumah tanya itu ini...
    low profile jer jawapannya....
    tup tup bila konsert gini baru kita tahu kebolehan anak2 kita kan...

    kudos to danish & parents ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu sis, kadang-kadang buat kita jadi give-up je. Hehe... anyway mekacih sis ku cayang!

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Taiplah sikit komen untuk i, at least i boleh berkenalan dengan u alls
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk-jenguk i, u alls memang The Great Friends hokeh!
- JANGAN PANIK kalau komen tak keluar lepas picit Post Comment sebab Your Comment is Awaiting Moderation :)

"Kehadiran korang menceriakan hariku"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails