Blogger templates

Feb 23, 2012

Kad Debit Maybank dan CIMB / Maybank and CIMB Debit Card

Korang ada kad ATM (automated teller machine card) Maybank dengan CIMB? Hah... Kalau korang memang pengguna kad ATM jenis ni. Korang berkelayakan untuk menukar kepada Debit Card / Kad Debit. Bagus tau, ada kad debit ni sebab fungsinya pun sama macam kad kredit. Bezanya, kalau kad kredit, korang kena berhutang dahulu, lepas tu bayar bulan-bulan kemudian. Tapi kad debit ni penggunaannya berdasarkan kepada baki simpanan akaun Maybank atau CIMB korang. Duit takde dalam akaun simpanan janganlah berangan nak berbelanja (peringatan untuk diri sendiri. Hehehe). Selain itu, dengan adanya kad debit ini, korang dah boleh membeli-belah secara terus melalui internet. Maklumlah sebelum ni semua transaksi internet guna kad kreditkan (tension aje i). Macam i dulu pun, kononnya tak suka berhutang dengan kad kredit jadi takde langsung buat permohonan kad kredit untuk diri sendiri. Bila sampai waktu nak beli barang dekat eBay, huhuhu... kena jugak masukkan butir-butir kad kredit untuk Paypal. Tak pasal-pasal, hubby i jadi mangsa keadaan (tihihi...) Sekarang ni tidak lagi, i dah ada kad debit. Boleh berdikari sendiri beli barang dekat internet hokeh! Hehehe...

Paling bestnya kelebihan pasal kad debit ni, saat korang urgent sangat-sangat nak beli barang tapi entah macam mana kawasan dekat situ takde pulak mesin ATM nak keluarkan duit. Hah, inilah masanya korang menayang-nayang kad debit korang depan cashier sambil dalam hati berkata, "i mampu tau". I rasa lagik bangga bila guna kad debit ni berbelanja sebab i keluar cash money / duit sendiri. Daripada i berbelanja guna kad kredit, lepas tu pengsan sebab nak kena bayar hutang setiap bulan (ish... tak best... tak best).

Dulu-dulu pun kalau nak buat / apply untuk kad debit ni biasanya bank akan minta korang masukkan deposit atas amaun tertentu (amaunnya boleh tahan besar jugaklah) dan ada caj tahunan yang akan dikenakan sekali. Tapi bila bank seperti Maybank dan CIMB buat tawaran dengan kemudahan macam gini, i rasa baik korang jangan lepaskan peluang untuk tukar kepada kad debit. Terus-terang i cakap, mudah sangat-sangat-sangat bila ada kad debit ni. Oh, lupa i nak cakap, kad debit yang korang tukar jugak sebenarnya berfungsi sama macam kad ATM. Jadi, korang tetap boleh keluarkan duit melalui ATM seperti biasa (yeay!) Sebarang caj untuk penukaran jugak tidak dikenakan (free!) macam kad-kad debit yang lain-lain tu (fuhh... selamat!)

Nak tahu butir-butir atau keterangan lanjut mengenai kad debit Maybank dan CIMB, klik nama mereka dekat bawah :-

KAD DEBIT MAYBANK
KAD DEBIT CIMB

Cara untuk membuat penukaran kad ATM kepada kad debit pun senang sangat. Korang cuma perlu, bawa kad pengenalan dan kat ATM masing-masing untuk bank CIMB atau Maybank. Dan kemudian, beritahu kepada pegawai di situ, yang korang ingin membuat penukaran kad ATM kepada kad debit. Isi borang yang diberikan untuk tujuan pengesahan, tunggu beberapa minit dan yeay! Dapat kad debit yang diidam-idamkan. Walau macam mana pun, untuk penukaran bagi kad ATM CIMB (CIMB je tau!) kepada kad debit, korang akan menerima nombor pin sementara yang baru. Lakukan penukaran nombor pin tersebut serta-merta di mesin ATM iaitu nombor pin bagi kad debit Ini untuk mengelakkan korang dikenakan denda caj sebanyak RM12.00 apabila kad anda lambat diaktifkan / diblock (lebih daripada 24 jam). Jangan lupa untuk create e-Pin baru bagi tujuan transaksi online banking di mesin ATM.  Kemudian, pergi ke internet untuk memasukkan data nombor kad debit anda yang baru. Manakala untuk kad debit Maybank pula, anda hanya perlu melakukan penukaran nombor pin pada mesin ATM juga dalam masa 24 jam dan tiada sebarang penukaran pin untuk transaksi online banking.

Kini, CIMB ada menawarkan pelbagai ganjaran bagi pengguna kad debit seperti :-
  • tambahan 300 bonus mata untuk transaksi pertama.
  • mendapat rebat wang tunai 1% bagi setiap perbelanjaan barangan dapur / groceries dan petrol.
  • berpeluang memenangi Ford Fiesta.
  • berpeluang menerima jemputan bagi Blockbuster Movies dengan hanya membuat transaksi perbelanjaan sebanyak RM500 sebulan.
  • layarilah Facebook CIMB setiap hari bagi mengetahui sebarang promosi yang diadakan bagi pengguna kad debit CIMB.
  • mendapat diskaun daripada mana-mana kedai / peniaga yang mengambil bahagian (klik sini ---> http://www.cimbbank.com.my/debitcard/merchant/ untuk senarai kedai / peniaga).

Perlu diingatkan di sini, setiap tawaran ini walaubagaimanapun bergantung kepada TERMA DAN SYARAT yang ditetapkan.
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/promo/pdf/DebitCard_Benefits_Privileges_T&C_Eng.pdf


Teringin nak tengok hadiah penebusan mata ganjaran kad debit CIMB bolehlah intai sini :-
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/catalogue-small.pdf


Akhir sekali, i nak ingatkan korang yang JANGAN sesekali swipe kad debit korang dekat mana-mana pam petrol. Sebab, automatik kad debit korang akan dicaj sebanyak RM200.00 sebagai tujuan deposit. Jalan yang paling selamat untuk korang gunakan kad debit di stesyen minyak ialah korang pergi ke kaunter bayaran dan beritahu cashier tersebut korang ingin buat bayaran dengan kad debit.

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca mengenai cara-cara atau tips membeli di eBay dengan menggunakan kad debit, bolehlah rujuk dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html


Inilah rupa kad debit milik i.

Kad debit Maybank ialah VISA 
Kad debit CIMB pulak ialah Mastercard

 
 p/s : alang-alang dah bagi free untuk buat penukaran kad ATM kepada kad debit. Terus i tukar kedua-dua kad sekali. Lagipun seronok, sebab dah tak pening kepala shopping online lagik (eceh! Shopping aje yang dia fikir... hehehe...)

86 comments:

  1. jannah jarang simpan cash dalam purse. sbb tu tak kisah sangat kalau purse hilang. tapi jangan hp hilang (teruk tak prinsip tu) hehe. sebab jannah kalau shopping memang biasa pakai debit card jer. senang tak payah susah2 nak pikir duet dalam purse. hik3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww... hebatlah dia... Hehehe... Tapi zaman sekarang ni memang camgini. Henpon jatuh rasa macam nak melayang jatuh jugak. Duit jatuh relax aje....

      Delete
  2. kad debit maybank kak emy ada gambar kak emy lg....giler glamer sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. boleh letak gambar sendiri ke kak? Tak tahu pun pasal ni... Oklah tu kalau saya jumpa kat tepi jalan kad debit akak. Mesti saya simpan baik-baik.. Hehehe

      Delete
  3. psst,reena.....ai pun ade jugak 2 okeh..public bank & maybank..<----ceh tak nk kalah tue...hahaha opss

    ReplyDelete
  4. ohh klu maybank punya kad Atm tu mmg ada debit card kan..pernah guna debit sekali je masa beli perabot dua tahun dulu.smp skang berbelanja dengan cash money je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kad maybank awak gambar cherry tu, memang dah betul sangat tu sebenarnya kad debit... A'ah kita pun sama macam awak, lagik suka bawak cash daripada guna kad. Sebab ada pemikiran negatif kononnya takut orang kedai tu terpotong lebih... hehehe

      Delete
  5. waahhhh...tq sis for sharing here...err..by da way...free tuh ade dateline x..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde dateline pun awak... Bila-bila masa boleh tukar :) Your welcome!

      Delete
  6. Cmne ea nk bli brg kt ebay.. If da sttle dbit card tu sume? Pllzz ajarkan ku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak soalan ni. Nanti saya buat entry berkaitan soalan ni ok? :)

      Delete
  7. boleh x cite skit kt saya cara guna maybank kad debit di pasaraya...hanya bagi kad ? pastu ?

    ReplyDelete
  8. boleh terangkan dekat saya cara penggunaan maybank kad debit (cheery visa) di shopping mall, pertama hanya bagi kad debit di kaunter bayaran ? pastu ? kne bagi no pin bank ke? ada resit x selepas swipe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh :) penggunaannya sama je macam kad kredit. Serahkan kad debit di kaunter bayaran, cashier akan minta anda untuk masukkan nombor pin (jangan sesekali serahkan nombor pin anda kepada cashier & masukkan nombor pin tanpa mendedahkannya), resit akan dikeluarkan sama seperti kad kredit. Dan anda dikehendaki untuk menandatangan pada resit tersebut. Kemudian cashier akan berikan salinan resit sebagai rujukan. Akhirnya selesai :)

      Delete
  9. Salam

    Kepada admin dinasihatkan supaya hitamkan nombor card debit yang dipaparkan, anda juga dinasihatkan jangan sesekali paparkan nombor tersebut di internet o pada org ramai kerana sesetengah transaksi hanya memerlukan nombor tersebut . Sekadar peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Nombor tu dah disuper impose dan kalau kira sebenarnya tak cukup beberapa nombor dekat kad tu. Macam mana pun terima kasih untuk peringatan :)

      Delete
    2. boleh x gne kad debit kat paypal?macam mana nak tau no kad..yg kad dpn kad tu ke?

      Delete
  10. saya ttanya2, blh x daftar acc paypal menggunakan debit card cimb?

    ReplyDelete
  11. Klu guna kad debit maybank utk pmbyrn kt kaunter dia minta no. pin yg mn 1 ye? No. Pin ATM ke? Skrg ni sy gn Kad debit maybank gmbr Manchester United..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kad debit Maybank biasanya dia minta guna no. pin ATM je. Untuk kad debit Maybank gambar Manchester United, saya tak berapa pasti. Lagik elok tanya dekat pihak Maybank sendiri :)

      Delete
  12. tukar atm card ke debit card tok CIMB kene charge x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde apa-apa caj pembayaran dikenakan. Free je :)

      Delete
  13. Kad debit maybank gmbr cheri dgn man utd sbnrnya sma je cuma treatpoints dia je beza. Klu kad gmbr cheri blnja rm3=1point & kad MU pula blnja rm2=1point, klu MU mng dlm plawanan Liga English dpt 5point klu blnja rm2 gn kad tu.

    Kad debit Mastercard maybank bleh x verify paypal?
    http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=CRD-Cards&cntTypeId=0&cntKey=CRD03.04&programId=CRD03-DebitCards&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh macam tu ke? Kira dari segi point lagik best kad MU ye :)

      Ikutkan takde masalah untuk verify paypal.

      Delete
    2. yup, hehe..
      korg bleh tkr kad ceri tu p kad MU klu nk.
      klu gn kad debit cimb yg cm kt ats tu bleh gn shopping online x?

      Delete
    3. Takpelah saya stick on kad ceri jelah, macam leceh nak tukar-tukar kad ni. Mana-mana debit card memang boleh shopping online -___-"

      Delete
  14. yup betul...ingat time kat bukit tinggi...p tak rancang.. sampai kat atas ingatkan ada ATM .. rupanya kena turun bentong keluarkan duit.. jauh tu.. last2 guna debit kat maybank je.. so settle lepas tu.. kadang2 ada diskaun bila guna debit kab ceri ni.. love it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kad debit betul-betul memudahkan waktu terdesak gitu :)

      Delete
  15. klau umur bwh 18 tahun bole buat kad atm tak ?

    ReplyDelete
  16. kalau umur bwh 18 tahun bole buat kad atm sendiri tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah 18 tahun rasanya tak boleh sebab bawah nama penjaga :)

      Delete
  17. sis r u sure yg xkn dikenakan ape2 charge, i nk gi buat esk nie, sebab now ni kdg2 tiba2 nk beli brg n tiba2 xcukup cash, leceh dh kan nak g cr atm lak, buatmya xde atm, nk wat cmne??huhu... i want both la, cimb n mybnk, senang nk shopping, xsabarnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, i'm very sure dear :)

      Lagipun dah ada dua kad dah pun kan? :)

      Delete
  18. Sis..klu cimb debit card..time nak bayar kena minta no pin x?

    ReplyDelete
  19. sis..klu cimb debit card time nak bayar shopping cashier minta no pin x? cimb kena register MOSS x mcm maybank? ada gak google tp info pasal cimb kurang..more to mybnk..harap dpt bantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaannya sama je macam kad kredit. Serahkan kad debit di kaunter bayaran, cashier akan minta anda untuk masukkan nombor pin (jangan sesekali serahkan nombor pin anda kepada cashier & masukkan nombor pin tanpa mendedahkannya), resit akan dikeluarkan sama seperti kad kredit. Dan anda dikehendaki untuk menandatangan pada resit tersebut. Kemudian cashier akan berikan salinan resit sebagai rujukan. Akhirnya selesai :)

      Register MOSS tu apa ye? Apa yang akak tahu memang kena create e-Pin bagi transaksi melalui online banking :)

      Delete
  20. bagus info ni, saya sekarang ni cuma ada maybank debit card je, yang cimb masih atm card lagi. Tak tau yang cimb dah boleh buat debit. Dua bank ni memang besaing kuat.

    Dah alang2 bagi gambar kad tu, boleh kongsi cvv sekali tak, bukan apa saja nak test2 shopping guna duit org, hu hu..

    ReplyDelete
  21. Salam sis,

    Mana lagi best - debit kad maybank atau debit kad cimb? Dan boleh ke debit kad ni kita buat transaction utk matawang usd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak :)

      Takde perbezaan pun rasanya sebab dua-dua memudahkan urusan membeli. Boleh je kalau nak buat transaction dengan matawang USD tapi kena pastikan baki duit bila convert dalam USD cukup :)

      Delete
    2. tq for u'r reply :)

      Bila kita tukar kad ATM tu ke debit kad, still boleh cucuk duit lagi x kat mesin ATM?

      Delete
  22. kalu kita mkn kat kedai mkn.nak bayar pagil cshr bg kad debit.. takan nak wak mai mesin no suwuh kita tekan no pin kut.. kat meja mkn haha ka mcm na.

    ReplyDelete
  23. kalu makan di kedai old town nak bayar pagil csher dtg.bg kat debit takan dia nak wak mesin 2 dtg suwuh masuk no pin kat meja kita ka,, ka mcm na haha penjelasan..

    ReplyDelete
  24. mcm mana kalu mkn kat old town malas bgn n bg cad debit je.. adakah dia nak bawak mesin kat meja kita utk masukkan no pin,, haha mintak penjelasan misss

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tolong jwb, ya.

      sebenarnya hanya ada sesetengah mesin aje yang perlu masukkan pin no. kebanyakannya tak pun. sy pun x tahu apa jenis mesin yg satu kn masukkan pin no, satu lg x payah.

      biasanya saya just bg kad pd waiter/waitress tu, dia pergi swipe...and then bg blk kad pada kita dgn resit utk disign. itu aje. xyah pin no pun.

      Delete
  25. kalau kad tu hilang cane ye ,kena buat police report ke?? dhla masa tu sy under 18 , so under penjaga la..

    ReplyDelete
  26. i tak sure about cimb or maybank punye debit card... tapi kalau debit card RHB, kalau swipe kat petrol pump, dia tak tolak RM200, macam post ni kata. kalo kita isi sampai RM35.75, RM35.75 laa yang kluar kat akaun kita. tak lebih, tak kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan pasal penolakan RM200 sebagai deposit tu saya terima dari bank. Rasanya setiap bank berlainan polisi kot :)

      Delete
  27. Assalamualaikum Reena, Ha akak ni baru sekarang terhegeh2 nak buat card DEBIT ni,Dan bila dah baca info dari Dek ni baru la akak tau.Terima Kasih la ya.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Reena, Ha akak ni baru sekarang terhegeh2 nak buat card DEBIT ni,Dan bila dah baca info dari Dek ni baru la akak tau.Terima Kasih la ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Ani :)

      Sama-sama, lepas ni bolehlah akak shopping online :)

      Delete
  29. aku kalu guna kad debit time shopping mesti kena swipe 3-4 kali baru transaksi ok...duit belambak dalam tu cuma cashier macam nak memalukan aku saja..(aku rasa la..)kalu guna cc sekali swipe je....org kat belakang plak usha aku lain macam je atas bawah macam aku nie sengkek...siyot je...kekadang aku fedap gak nak guna kad debit nie...tapi tak tau la..mungkin card reader bermasalah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau jadi macam ni memang disebabkan ada masalah dekat card reader, cuba check balik dekat bank.

      Delete
  30. pendaftaran untuk kad kredit pula mcm mana? ada kah semuda debit kad..tq...wslam..

    ReplyDelete
  31. permohonan kad kredit pula mcm mana? ada kah semuda debit kad...??tq,,wslam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad kredit mestilah tak mudah sebab kena tengok statement gaji :)

      Delete
  32. kalau beli barang online, contoh dari amazon.com gune debit card nie, ad kne tax tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tak pernah ada tax, pembayaran hanya melibatkan harga barangan dan delivery sahaja :)

      Delete
  33. Kalau beli gune debit card dari site, seperti amazon.com, ad kne tax tak mcm credit card?

    ReplyDelete
  34. salam..

    macam mana kalau pihak hotel mintak no 16 digit dan 3 digit kat debit maybank kita?ni buat booking melalui call centre.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Selalunya kalau buat booking / reservation hotel melalui call untuk mana-mana hotel tak pernah pulak pihak hotel tanyakan pasal nombor credit / debit card. Kecuali kalau kita buat booking / reservation melalui online sahaja.

      Delete
  35. Kad debit kena tax tak kalau beli online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde sama jugak macam guna kad kredit.

      Delete
  36. Ingat cimb tak boleh shop online?

    ReplyDelete
  37. ingin nak buka akaun maybank pula lps ni , skrg ni pakai cimb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better buat sebab takde apa-apa pembayaran pun dikenakan cuma kena masukkan duit jelah dalam akaun saving :)

      Delete
  38. kak. nak tnye. kalau kad sy kad gmbr cherry tp master card bukan visa tu kira debit card jugak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Visa atau pun Master card (janji ada perkataan ni) dua-dua pun dianggap debit card dear :)

      Delete
  39. hye, nak tnya kenapa ada error bila saya mskkan card no debit kad eh kat account paypal? card no debit card yg pnjang tu kan?

    ReplyDelete
  40. pernah x tempah hotel kt agoda? agoda tu boley guna debit card ker? boley jawab soalan sy ? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ylg jawab.a'ah..agoda boleh guna debit card.visa atau mastercard. :)

      Delete
  41. klu gn kad debit ni ada annual fee (byrn tahunan) dia la.. klu x silap aku dikenakan caj RM8/tahun. mls nya aku..

    ReplyDelete
  42. alhamdulillah tq admin..mula tu sy nak bli 1 apps kt google play tp dia cuma mtk mastercard/visa..sy mne da dua2 tu..cimb biasa tu ada la.. hahaha skrg sy dh phm dh...sy baru lg dlm hal2 mcm ni tp dh ada la acc cimb tu pun baru je aktif smlm sbb dlm dh kosong..hehe sy nak gak buat debit card aritu dh tanya kwn mak yg kje kt cimb tp tak smpat nk tnye vrp byrn nk buat debit card tu..tq sgt2 sbb admin dh terangkan kt sini..lega..esok lusa bleh la pg bank uruskan debit card ni...tq admin..! <3 frm swk

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)