Blogger templates

Mar 15, 2012

Resepi : Sarapan Pagi

Bila pagi-pagi pernahkah korang mengalami masalah kebuntuan nak masak apa untuk sarapan? Tak pun dah malas sangat fikir nak masak apa, korang beli je nasi lemak RM1.00 untuk sarapan pagi (hah... senang je kan? Habis cerita). Ish-ish-ish, hari-hari makan nasi lemak sebenarnya bukan bagus untuk kesihatan tau kawan-kawan. Nama pun nasi LEMAK, jadi terang-terang dah bagitahu nasi tu banyak kandungan lemak atau kolesterol. Tapi tulah, bila dekat pejabat, i pun kadang-kadang pergi jugak beli nasi lemak. Sebab apa? Sebab itu je makanan pantas yang nampak tak berminyak (macam mee goreng dan lain-lain) dan boleh cepat kenyang sampai tengah hari. Takpe, mulai hari ni kita cuba berubah ok. Pilih makanan berkhasiat je tak kiralah untuk sarapan pagi ke, makan tengah hari ke, minum petang ke dan makan malam. Sekali-sekala takpelah nak reward perut dengan makanan kolesterol (uiks... sila ingat sekali-sekala tu bukan maksudnya 2 hari sekali ye), kalau selalu, rasanya dah bertukar sengaja nak cari penyakit tu. Hehehe...

Jadi hari ni, i nak perkenalkan resepi sarapan pagi yang biasanya i buat kalau nak cepat masak. Serius, tak sampai 20 minit semuanya dah terhidang indah atas meja makan korang (chewah... hehehe). Jom tengok macam mana resepinya.

Bahan-bahan (untuk 2 hingga 3 orang makan)

1 batang lobak merah
3 biji telur
1 batang cili merah (suka pedas, korang letaklah lebih)
3 batang sosej / hot dog ayam (i suka brand Ramly Burger)
2 keping keju (yang ni pulak i suka brand Cheesedale)
1 sudu besar mentega (menggantikan minyak masak)
Sedikit garam dan lada sulah
1 batang timun (kalau ada baby cucumber lagi best) - yang ini untuk sampingan je. Kalau takde pun takpe.

Cara-cara :

1. Parut (grater) lobak dengan menggunakan alatan parut. Pilih parutan yang halus dan nipis (boleh tengok contoh rupa lobak dalam gambar di bawah). Hiris nipis-nipis cili merah dan timun. Manakala sosej pula dicincang sampai sedikit halus (nak mudah, hiris nipis-nipis dulu. Kemudian cincangkannya). Ketepikan semua sekali.

2. Pukul telur dengan memasukkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.

3. Panaskan kuali dengan api yang kecil, masukkan mentega dan bahan-bahan yang diparut, dihiris dan dicincang tadi (pada cara nombor 1) kecuali timun. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga sebati dan tuangkan telur ke atasnya. Biarkan seketika (lebih kurang 10 saat). Siat-siatkan keju di atas permukaan dan terbalikkannya. Kalau korang ingin jadikannya sebagai omelette (telur dadar). Berhati-hati sewaktu menebalikkan telur agar tidak berderai. Kalau nak mudah, korang ikut je macam cara i, hancurkannya sama macam buat telur hancur / scrambled egg.

4. Setelah masak, hidangkannya, makan bersama-sama timun dan roti atau terpulang mengikut citarasa korang. Contoh : nak makan dengan mayonis ke, sos cili ke, letak helaian kobis ke dan lain-lain lagi.

Macam mana? Senang je kan resepi i? Tak susah sebenarnya nak buat sarapan pagi pun. Yang penting kena rajin sikit je. Hehehe...

Banyak kelebihan sarapan pagi ni. Tak percaya? Cuba baca review / ulasan i dekat sini.

Ok, korang selamat bersarapan semua. Makan elok-elok tau.







p/s : kenapa upload gambar makanan je terus rasa lapar? Kenapa? Adehh...


14 comments:

  1. nampak sedap. kazaa mesti suka sebab dia tu ala ala omputeh sikit seleranya (konon :P). mmg hantu benda2 camni lg2 cheese huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... lepas ni bolehlah Cha try buat sarapan style omputih untuk dia. Dah tak pening kepala lagik. Hehehe

      Delete
  2. betul2 sendiri upload...sendiri tirgoda...i suker jer resepi yg ada vege2..yess mmg tak leh amalkan ari2 nasi lemak hi kolesterol....ada yg ari2 makan roti canai..tgh makan leh mati...scary!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahkan, usia makin lama makin tua, badan dah tak boleh terima makan over-over kena banyakkan makanan jenis sayur-sayuran. Kalau waktu kecik-kecik suh makan sayur, harem nak pandang. Hehehe

      Delete
  3. yeay! resepi mudah dan sedap dari kak reena. boleh mkan bersama roti. nyammeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hooreyyy!! Nanti cuba tau Jannah :) hehehe

      Delete
  4. wah rajin sungguh..

    saya kalau malas masak nasi goreng jer.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk?!! Rasanya masak nasi gorenglah lagik rajin dear sebab segala bagai benda nak kena cuci, termasuk periuk nasi. Hehehe

      Delete
  5. berkhasiat..npk pn menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan berkhasiat, tubuh cergas, minda pun cerdas (chewah) hehehe

      Delete
  6. bfast dgn roti mmg superb!! lg2 kalau lengkap nutrisi mcm u bt sayur, telur. . kyang smpi lunch.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu dear, sebab tu bila dah makan macam gini kita selalu skip waktu lunch, terus makan petang. Then skip pulak dinner. Diet kononnya hehehe....

      Delete
  7. ahhh! sedapnye! nak try lah. kite suke makann yg ade cheese2 nih!

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)