Blogger templates

Mar 27, 2012

Resepi : Soft Crust Pizza / Pizza Lembut

Antara Domino's Pizza dengan Pizza Hut Liat, i lagik suka / prefer makan Domino's Pizza sebenarnya. Sebab apa? Sebab doh Domino's Pizza memang best, tak liat dan bila gigit tu, takdelah macam makan roti yang penuh satu mulut. Inti dan roti pizza tu ngam je kuantitinya. Kiranya cukup je rasa pizza dekat Domino's ni. Kalau makan dekat Pizza Hut pulak, rasa macam cepat je muak sebab tak larat nak habiskan doh / rotinya yang tebal semacam. Kadang-kadang tu intinya takdelah banyak mana, harapkan saiz doh je yang besar. Serius tak best

Alahai kesian Pizza Hut bila i cakap macam gini, macam underestimate gitu. Alaa... tapi betulkan apa yang i kata? Ke, ada sesiapa dekat sini memang peminat tegar Pizza Hut (hehehe... peace no war peminat Pizza Hut). Bukanlah nak kutuk Pizza Hut, tapi tulah pengalaman berkali-kali dan kali (hah.... dah banyak sangat kali dah ni) yang i alami bila makan Pizza Hut. Tapi yang kelakarnya bila makan Pizza Hut dekat Bandung, Indonesia. Sedaplah pulak rasa pizzanya. Kita orang sampai siap buat penghantaran pizza ke hotel tempat kita orang menginap lagik. Dua malam berturut-turut kita orang dinner dengan Pizza Hut. Pelik jugak ni, kenapa Pizza Hut dekat Indonesia lagik best daripada Malaysia? Adakah faktor perasaan teruja makan dekat luar negara? (eceh...) Apa-apa hal pun, Pizza Hut Malaysia sila buat sesuatu. Ni belum i sentuh isu pasal servis Pizza Hut yang serupa macam kura-kura pulang petang. Adehhh... tension tau. Lain kita mintak, lain yang dapat. Sabar je lah.

Daripada kita tension dengan restoran Pizza Hut yang dah makin merundum dari segi rasa dan servisnya sejak akhir-akhir ni. Apa kata kita cuba buat sendiri pizza dekat rumah. Sekurang-kurangnya hati terubat. Dah tu yang best, kos nak buatnya tak sampai RM20.00 untuk dua dulang (pan) pizza saiz sederhana. Maksudnya RM10.00 untuk satu pan je yang dipenuhi pelbagai inti? Wow... jimat habis!! Kenyang dua hari tu. Hehehe...

Memandangkan i pernah pos gambar pizza, buatan tangan i sendiri dekat Facebook. Ada di antara kawan-kawan pejabat i yang nak tahu resepi Soft Crust Pizza / Pizza Lembut yang i buat ni. Jadi i dengan berbesar hati nak kongsikan gambar dan resepi Soft Crust Pizza yang i cuba daripada blog Mat Gebu. Jangan risau resepi ni memang menjadi sangat tau. Kalau i boleh buat, korang pun mestilah boleh buat (yeay!) Dan ini merupakan antara resepi kegemaran i.

Bahan-bahan (untuk dua dulang pizza bersaiz sederhana) :

Bahan untuk Doh

250 gram tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis (instant yeast)
1 sudu besar madu
1 sudu besar lemak sayuran (shortening)
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu kecil oregano kering

Bahan Inti (terpulang pada kehendak masing-masing)

Sedikit sos lada hitam (i guna jenama Life)
Sedikit sos cili (ni pun jenama Life jugak)
Beberapa kiub nenas dari jenama Hosen
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
5 batang sosej / hot dog ayam jenama Ramly - dipotong nipis
6 batang crab stick (stik ketam) - dipotong nipis
2 keping meatloaf perisa ayam (i guna jenama Ayamas)
1 plastik parutan keju Mozarella jenama Bega

Cara-cara membuatnya :

Untuk Mencanai Doh Pizza Samada Menggunakan Tangan atau Mixer

1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan bawang putih yang dicincang. Gaul sehingga rata.
2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul lagi hingga sebati dengan tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayuran dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
3. Kemudian bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan pembalut plastik (plastic wrap) dan biar selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda

Atau, Membuat Doh Pizza dengan BreadMaker

1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Seterusnya, Cara Untuk Membuat Pizza

1. Keluarkan doh, uli selama 5 minit dan bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan doh di atas dulang pizza (i gunakan dulang acuan pai sebenarnya) yang telah disapu dengan sedikit mentega.
2. Tekan doh dengan hujung jari sehingga doh memenuhi keseluruhan dulang pizza tadi.
3. Panaskan oven (preheat) pada suhu 200ºC dahulu dan bakar pizza selama 5 minit dengan suhu 200ºC jugak.
4. Keluarkan pizza yang dibakar tadi dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, sos cili serta bahan inti yang lain mengikut susunan seperti di atas. Di mana akhir sekali ditaburkan keju sehingga rata pada permukaan pizza.
5. Turunkan suhu dan panaskan oven (preheat) sekali lagi pada suhu 180ºC. Masukkan pizza dan bakar dengan suhu 180ºC selama 15 hingga 20 minit.
6. Dah siap apa lagik, potongkannya kepada beberapa slice / keping untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain (hoorey!)


Jom tengok gambar sepanjang sessi pembuatan pizza. Fuhh... adalah dekat dua jam i nak siapkan pizza ni. Kenapa lama sangat nak buat pizza? Sebab nak kena tunggu sejam doh tu jadi cantik, bulat dan gebu. Tapi bila dah siap, hilang terus rasa penat menunggu. Terus tukar jadi senyum lebar.




Kitchen Aid yang jadi tukang uli untuk i.






I paling suka part taburkan keju atas pizza.



p/s : nyam-nyam-nyam


34 comments:

  1. Me too! Lg suka dominos dr pizza. Pizza mcm cepat muak. Dominos makan 3 slice pun maintain lg. Untung family sis dpt sis pandai masak. How i wish i pun pandai buat pizza T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe dear... Akak awal-awal kahwin pun jarang-jarang jugak masak makanan yang lain dari yang lain ni sebab sibuk dengan study dan kerja. Sejak dah ada anak dan pandai request macam-macam makanan yang muncul dekat TV, barulah belajar buat kek lah, kuih lah, pizza lah... hehehe...

      Practice make perfect :) nanti lelama mesti Cha terror lah.

      Delete
  2. sekarang klu kami g pizza hut lebih kepada order menu2 lain bukan pizza ...hihihihi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... eh-eh tak sangka kita serupalah :) Tapi sekarang ni serius dah macam kecik hati dengan Pijahat sebab Pijahat Lem... bap... (oppss)

      Delete
  3. betoi.. betoi... dalam senarai nak dibuatler ni tapi tak terbuaat2. anak2 dh bising dah .. sebab janji dah lama ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... senang je resepi ni. Lepas buat pizza ni, kompom dorang senyaplah tu. Hehehe

      Delete
  4. kelasss reena buat sendiri lagi puas makan.....tapi mmg betulkan pizza hut kurang kick berbanding dominos...camni boleh bukak kedai pizzala...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... gitulah Posh.... Pizza Reena... agak-agak ok tak nama ni? Hehehe

      Delete
  5. setuju...klu u pg pizza kt bp mall lg la worst la service dier..lmbt..pizza smpai tp sejuk..apakah???

    masak dgn 'gajet2' mmg sonok..x penat kan..hehe..btw npk sedap pizza tu..topping pn bley blasah mcm2 kan ikut tekak sndiri..

    good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betul tu dear walaupun gadget ni masa nak beli, macam semput jugaklah perasaan nak keluarkan duit tapi hasilnya memang memudahkan waktu nak memasak :)

      Delete
  6. jannah pon suka dominos dr pizza hut. akk buat entry pizza nie buat jannah nak buat lg pizza. hehehe. puas kalau buat sendri. nak topping banyak mana pon lantak kau lah kan. heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Especially kalau letak cheese banyak-banyak Jannah. Fuhh... meleleh gitu. Hehehe

      Delete
  7. akhirnye..
    entryyg di tunggu sudah tibe..
    patut la aku punya pizza tak menjadi..
    rupenya kena bakar doh dulu ekk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Eita.... harap kau happy tau :) Sorry lambat nak post.

      Anyway lepas ni cuba lagik buat pizza k. Lepas tu pos bagi aku rasa sikit.

      Delete
  8. sedapnya sis...huhu...balik umah nak cuba buat..skrg stay umah sewa xde mixer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memasak sendiri lagik sedap dan best kan dear? Buat tau, jangan tak buat. Hehehe

      Delete
  9. aduh sedap gila..dh lama tak buat piza.resepi nie nmpk agak complicated sikit barang2nya.tepung roti n shortening nie ken p beli kt pasaraya.selalu crik barang kt mini market je.hehe..for sure sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah sedap Puan Kutu. Tak percaya cuba buat nanti. Aiman mesti kata Terbaek!! Hehehe

      Delete
  10. wahhhhhhhhh pandainye mak cik ni buat...opss mak cik plak...ai x gemar pizzax2 ni reena oiit...knp? " kamu tu lidah jawa"....bhahahah LOL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... orang jawa tak suka makan pizza rupanya.

      Delete
  11. yis (instant yeast) & tepung roti mana nk cari? dan kenapa campur dengan madu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dekat kebanyakan pasaraya / shopping complex dah ada jual yis instant & tepung roti. Kalau tak jumpa boleh pergi dekat Bakery Shop.

      Kenapa kena campur madu??? Maybe pemilik asal resepi nak elakkan dari penggunaan gula yang berlebihan kot :)

      Delete
  12. Salam.

    Alahai...sedapnye! Ini kalau my children nampak, habislah i kena serang.

    Sis, kalau i guna microwave oven boleh tak? Sebab kat rumah dah ada satu, warisan dari emak. Jadi malas nak beli oven baru.

    Lagi satu, semalam i pergi satu kedai bahan2 kek. I cakap nak beli tepung high protien, tapi dia kasi tepung superfine. Dia cakap dua2 tu sama aje. Tapi yang i baca dalam internet..keduanya tak sama. Macamana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aishah :)

      Thanks sebab sudi jengah blog i. I pun guna microwave oven je untuk buat pizza ni sebab microwave oven ada fungsi yang sama macam oven. Untuk tepung high protein tu memang payah sikit nak dapatkan dekat kedai-kedai biasa. I selalunya beli dekat Bakery Shop. Tak sure apa perbezaan antara Tepung Superfine dengan Tepung High Protein tapi since nak pastikan pizza yang i buat ni menjadi tak berani pulak nak guna tepung lain selain daripada tepung high protein. Hehehe :)

      Delete
  13. Thanks for the reciepe....

    ReplyDelete
  14. Salam beb... baru la nih aku baca blog ko nih Rina.. heheh.. best rupanya.. owh semedang aku baca entry pasal pizza nih.. terliur plak. Btw reason kenapa pizza hut kat bandung sedap tuh sebenar nya sebab tepung. Tepung kat each country lain2. Tepung di Indon ngan Malaysia pon lain. Aku tau pon coz one of the businessman dari ROtiboy pernah citer kat aku dulu. heeheh... Waallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Leen... Hehehe... alaa... blog biasa-biasa je beb... ramai lagi blogger yang lagi best dari aku :) Anyway thanks sebab sudi singgah sini... Baguslah info kau ni, sekarang baru aku tahu kenapalah pizza hut Bandung lagi sedap dari dekat Malaysia :)

      Delete
  15. Terima kasih anda telah memberikan kesempatan untuk berkomentar. Artikel anda sangat bagus. Semoga bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  16. Aslmkm Reena,akak nak tanya..Resepi doh pizza ni mmg lembut lah kan.Ni akak tengah masak pizza utk brekfes anak tp guna doh lebih yang akak dah frozen. Reena pernah frozen lebihan doh x,lembut lagi ke ?.Anyway,akak copy resepi doh ni..Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak :)

      Saya tak pernah frozen kan lebihan doh untuk pizza ni kak. Maklumlah laris memanjang je. Hehehe... So far macam mana ye kak bila akak frozenkan still boleh buat pizza lagi ke atau dah jadi roti canai (eh! Hehehe). Tapi setahu saya doh untuk buat biskut takde masalah untuk kita frozen kan.

      Silakan kak. Your welcome :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)