Blogger templates

Apr 16, 2012

Resepi : Muffin Vanilla

Kalau i sebut perkataan muffin apa yang automatik terlintas dalam fikiran korang? Kalau tanya i, mestilah i jawab Kenny Rogers Roasters (nyam-nyam!). Cubalah cari dekat mana-mana kedai kek sekalipun, muffin perisa vanilla yang paling best dan sedap tetap berada dekat Kenny Rogers Roasters tau. Memang rugi sangat kalau pergi Kenny Rogers tapi tak makan muffin dekat sini. Umpama macam korang mandi tapi tak pakai sabun gitu (eh, ada kaitan ke? Hehehe).

Memandangkan keinginan nak menikmati muffin vanilla ni tak boleh dipenuhi selalu (maklumlah gaji kecil dapat sebulan sekali je, bukannya hari-hari). Jadi, i cuba mencari alternatif lain dengan mencuba mana-mana resepi yang boleh berikan rasa muffin vanilla yang sama sedap macam muffin Kenny Rogers Roasters. Yelah, bila dah terror buat, tak payahlah i suruh Kenny Rogers buatkan muffin untuk i lagik (eceh, macamlah Kenny Rogers heran sangat kan? Hehehe). Lepas tu hari-hari boleh makan muffin tanpa rasa bersalah dengan duit poket sendiri (fuh... jimat... jimat).

Jadi untuk sesiapa yang nak makan muffin vanilla sambil berjimat-cermat macam i. Korang bolehlah cuba resepi yang i dapat daripada SINI (mekasih Deenoos resepi awak memang best sangat!) Sebagai seorang yang bukan pakar membuat muffin, mestilah i rasa bangga sangat bila percubaan pertama menjadi dengan jayanya. Dah tu siap boleh bawa bekal ke pejabat lagik (tengok, penjimatan kali kedua berlaku). Nak lagik best, i cicah makan muffin vanilla dengan jem strawberi. Ikutkan boleh je masukkan filling strawberi dalam muffin tu. Maklumlah, i ni memang tak reti nak buat curang dengan resepi asal, jadi i ikut satu-persatu betul-betul (jujur habiskan? Hehehe). Takpe, lain kali i buat muffin i cuba tambah dengan cip coklat ke, blueberry ke, atau kismis ke. Mesti lagik best kan?

Apa lagik korang, jom cuba buat muffin vanilla jom. Senang je tau, tak susah pun.

Bahan-bahan (untuk 24 biji muffin)

8 sudu besar mentega (dicairkan)
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul gula dan telur terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul sekali lagi sehingga sebati.
3. Isikan adunan yang siap dipukul tadi dengan anggaran 3/4 ke dalam bekas muffin. Yang penting, jangan isikan adunan terlalu penuh untuk mengelakkan muffin membuak keluar sewaktu dibakar.
4. Bakar pada suhu 180ºC selama 25 hingga 30 minit.


Untuk penerangan yang lebih jelas, korang bolehlah tengok gambar dekat bawah :-








p/s : I suka kalau bahagian atas muffin vanilla jadi rangup bila lepas bakar. Crunchy je gigit.

44 comments:

  1. Uuuuuuu.. bila zai nk buat muffin gitu entah..haha
    mkn je, buat tatau.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu kahwin kot, baru buat sendiri. Hehehe...

      Delete
  2. yummylicious....
    jgn lupa hantar setupperware utk i ya hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboiii... setupperware gitu... takpe kak saya bagi seperiuk nak? Hehehe...

      Delete
  3. Replies
    1. Memang menarik!! Double sirius. Hehehe

      Delete
  4. bessnyer buat sendiri leh makan puas2....tapi mmg betul cakap reena KR nyer mmg paling sedap!!!

    ReplyDelete
  5. cedapnyer yg gambo last sekali tu...yummy....nak buat memasak tunggu ayra da besar your doter baru leh main memasak ngan die.....cumel jer nanti...aunty reena ni mommy ayra kate cun sgt....sukerrrr tgk...anak anak pun comel belaka......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear, seronok memasak ni sebab budak-budak kecik dalam rumah ni excited nak makan. Alahai, anyway mekasih mommy ayra, malu aunty reena tau. Suruh mommy ayra produce adik ramai-ramai yang comel macam ayra. Mesti meriah rumah :)

      Delete
  6. oooo sangat menggoda muffin yuuu...
    aiii suka tengok resepi yuuu ni reena kerna sgt bersesuaian ngan jiwaku yang ada 3 orang jugak budak2 kecik di rumah ... kebanyakan resepi yuuu memang budak2 bersama mak budak di sini pun syukeee ... tahniah tahniah tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih mak encik, terharu baca tau :') Ni yang buat bersemangat nak cuba resepi lain pulak ni. Hehehe

      Delete
  7. aku admire dgn ko punya mircowave la reena..
    nama aje keje kat kedai letrik..
    tapi still tak mampu beli microwave oven mcm nie....
    T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Ta sedih tau baca. Insya-Allah one day mesti kau boleh beli punya. Aku pun dah lama fikir nak beli, alhamdulilah tahun lepas baru termakbul impian :)

      Delete
  8. oh myyyyyyyy..i suke last part tuu..keras2 kt atas tu kan pstu isi dlm moist jekk..

    tq sharing simplest recipe..i copy yer insyaAllah will try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dear, part tu lah yang best tu :) silalah copy, memang nak share dengan kawan-kawan pun. Hehe

      Delete
  9. pergh..xpandai buat la..reena..u buat la..i tolong makan..bleh?hehehe ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecehh... Hahaha... RM3.00 tiga ketul boleh? :)

      Delete
  10. tringin sgt nak masuk dapur buat semua nih tp ha lah . bakat tuh tade . hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau awak kahwin, serius... Bakat memasak tu tiba-tiba ada. Macam magic gitu :) hehehe

      Delete
  11. apesal la hari ni asal bw jer nampak makanan.menggoda betul.nti nak try bila dtg kerajinan.amik resepi dulu ekk.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh-boleh, silakan Puan Kutu :)

      Delete
  12. sedapnyaaa nak cubalah nanti....haiii reen salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, dah lama tak dengar orang panggil saya Reen tau :)

      Hai Mun salam kenal jugak!

      Delete
  13. hoh!..muffin, aku punya napa tak sampai sampai lagi ni. hihi..

    pandai ko buat muffin. eh sebut sebut muffin kenny rogers ni teringin pulak. lama dah tak makan.

    resepi tu macam senang. macam la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Bukan kau kata nak datang rumah aku ke Hanie?

      Mekasih Hanie, kalau macam malas... Macam la.. Kau suruh je Jue buatkan. Kehkehkeh

      Delete
  14. nak cuba resepi ni..tunjuk ajarnya mudah..tqReena

    ReplyDelete
  15. saya dah cuba resepi ni..memang sedap reena.salam kenalan dari nunu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah :) Mesti happy je kan bila resepi yang kita buat menjadi.

      Anyway salam perkenalan awak.

      Delete
  16. Nampak mudah n sedap...haruss d cube nie

    ReplyDelete
  17. Nampak mudah n sedap...simple je resepinye...tq la sbb sharing...

    ReplyDelete
  18. Nape sy wat x lembot...terlebey kacau ke...tp kan...mmng nmpak mcm ade tpung yg x hancur eyy..mmng cam tu ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak jadi lembut ke? Takut ada tersilap dekat sukatan kot... Takpe cuba tengok balik ye :)

      Delete
  19. aii...reen,sa br nk bljr bake muffin,blh sa tau klu kte bkr gna oven kna pkai api bwh or atas..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak... selalunya kawan-kawan rapat je panggil saya Reen :) dah lama tak dengar panggilan nama ni. Hehehe... Saya guna microwave oven jadi tak tahu nak kata guna api atas atau api bawah. Kalau guna dua-dua api tak boleh ke eh? Hehehe...

      Delete
  20. askum....tumpang lalu reen nk tye ckit saya baru belajar nak baking-membaking ni mentega ngan butter tu same ke..lagi satu beza mentega..planta..n marjerin t.q

    ReplyDelete
  21. Salam kak Reen, nak tanya, tepung dalam resepi ni guna tepung kek ke? sebab dalam resepi ni, akak just bagitau tepung je. sorry ganggu.

    ReplyDelete
  22. nk cuba la mmg suka sangat muffin yg kt kr tu...thank share.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)