Blogger templates

Jun 20, 2012

Setia City Mall

17 Mei 2012 merupakan pembukaan baru bagi shopping complex / pusat membeli-belah Setia City Mall. Hoorey! Nampaknya bertambahlah pilihan tempat yang i bershopping bila tiba hujung minggu sekarang ni. Hamboi! Kemain kau bershopping setiap minggu gitu. Takde shopping mananya pun lah, hehehe... jalan-jalan terapi minda dan cuci-cuci mata sambil menggembirakan anak-anak i je. Seronok tengok dorang berlari kesana-sini. Cuma jangan dorang minta yang pelik-pelik untuk belikan barang, sudah. Hahaha... jenuh mama papa nak memujuk.

Walaubagaimanapun kita orang takdelah pergi ke Setia City Mall bersempena dengan pembukaannya. Sebab masa tu terfikir mungkin banyak kedai-kedai yang ada dekat situ belum dibuka. Maklumlah kan shopping complex baru, mesti banyak yang tak siap. Selang tiga minggu kemudian, barulah kita orang datang ke sini. Mula-mula waktu nak sampai ke Setia City Mall, pening juga kepala nak cari arah untuk pergi. GPS pun tak berapa banyak membantu, i cari landmark yang berhampiran iaitu Setia Eco Park dan Tesco Setia Alam. Kemudian, lihat sekeliling untuk banner / papan tanda yang menunjukkan arah tepat ke Setia City Mall. Alhamdulilah, nasib baiklah jumpa walaupun kawasan Setia City Mall ni sebenarnya belum ada sebarang pembangunan / development dekat sekelilingnya. Kiranya kalau korang pergi, korang akan nampak ada satu-satunya shopping complex yang wujud di tengah-tengah padang jarak padang terkukur. Lepas ni confirm penuh kawasan perumahan yang naik dekat area sini. Wah, siapa beli rumah dekat sini. Untunglah dapat jalan-jalan pergi Setia City Mall hari-hari.

Apa yang buat i rasa Setia City Mall ni menarik perhatian i untuk datang lagik dan lagik dan lagik ialah kedai-kedai yang ada di dalam Setia City Mall semua memang senarai kedai favourite i (walaweh!). Ada Machines Apple Store, MPH Bookstore, Uniqlo, Daiso, Nando's, Guess, ZARA, Mango, Cotton On, Esprit, Timberland, Secret Recipe, FullHouse Lifestyle Store & Cafe, Crocs, Living Cabin, Subway, Krispy Kreme (kisah entry Krispy Kreme, korang boleh baca dekat link sini --->  http://www.reenaonline.com/2012/06/krispy-kreme-malaysia.html) dan macam-macam lagik. Untuk tenant utamanya pulak ialah Parkson. Dahlah kebanyakan kedai-kedai dekat sini adakan jualan murah / sales / tawaran menarik sepanjang pembukaan hingga 30 Jun 2012. Rambang mata i jadinya. Tak sangka shopping complex yang pada pendapat i cukup simple, sebab cuma ada tiga tingkat sahaja boleh cover macam-macam kedai yang best (best untuk i jelah. Untuk korang i tak tahulah best ke tak? Hehehe...)

Bertambah double best, Setia City Mall cuma 15 hingga 20 minit je perjalanan dari rumah i. Agak-agak nak shopping barang keperluan rumah, i boleh lari pergi Tesco atau Giant Setia Alam pulak (planning baik punya! Hahaha).

Alamat pengurusan Setia City Mall ialah :-

Level 2, Setia City Mall
No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam, Seksyen U13
40170 Shah Alam
Selangor

Nombor Telefon : [03] 3375 8788
Nombor Faks : [03] 3375 8799

Koordinat GPS : 3.109963, 101.459212

Lokasi / Peta Setia City Mall


Nak dapatkan keterangan lanjut, nak tahu apa lagik kedai-kedai yang best, kerja kosong ke, tempat yang menarik dekat sini, korang boleh jugak melawat di laman web / website Setia City Mall ---> http://www.setiacitymall.com/default.aspx

KEMASKINI / UPDATE TERBARU
Nak baca lagik kisah Setia City Mall yang terbaru, bolehlah pergi link sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/07/setia-city-mall-setia-alam.html

Ok, jom kita tengok gambar-gambar i, macam manalah agaknya rupa dekat dalam Setia City Mall ni kan? Oh, sebelum terlupa, harga tempat letak kenderaan / parking rate dekat sini pun murah je. Tiga jam pertama untuk hari biasa ialah RM1.00, tambahan jam seterusnya ialah RM1.00. Manakala untuk hujung minggu / weekend pulak, tiga jam pertama ialah RM2.00, tambahan jam seterusnya ialah RM1.00 jugak (kira murahlah kan?) Tak puas hati nak murah lagik (senang cakap, free), korang parking je lah dekat tepi-tepi jalan kawasan luar Setia City Mall tu (kena saman, i tak bertanggungjawab. Haha!)



Timberland pun ada sale!!
Yea-yea ada ZARA.



Budak kecik mengamuk nak balik. See-see tak beli barang pun kan? Ok bye.

Apa i pakai hari tu?
Tudung / Shawl - Jalan TAR
Jaket jeans - Tommy Hilfiger
Skirt labuh - Old Blossom Box
Buku / Passport Setia City Mall
Macam nilah gambaran ilustrasi bila Setia City Mall dah complete nanti.
Wah... Michael Learns To Rock (Michael Belajar Untuk Rock) datang Setia City Mall 23 Jun 2012 laa... Jom!
Buku / Passport ni tunjukkan details mana-mana kedai yang adakan tawaran menarik.

p/s : Kalau pergi shopping complex hari-hari pun gagah (kenapa eh?)

33 comments:

  1. whoaa.ada fullhouse!ini tidak adil!huhu

    ReplyDelete
  2. macam dalam midvalley!! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... dear, shopping complex pergi mana-mana pun nampak sama je :) hehehe...

      Delete
  3. Macam2 ade yea...haruslah seronok...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sebab kedai dalam Setia City Mall ni menepati 80% citarasa yang ada. Chewah :) hehehe...

      Delete
  4. whoaaaaaa best ler orang yang duduk area setia alam tue.....shopping mall dekat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Seronok betul dorang :) Tapi kekurangannya boleh mengakibatkan kepokaian sebelum waktunya Mun. Hehehe...

      Delete
  5. bole tak kita nk ckp kita suka dress akak je tanak komen psl mall tu hihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... alahai dear... Macih tau :')

      Delete
  6. zara dah bukak? hari tu i pegi tak bukak lagi..
    yeaaaayyy...i pun suka... tak perlulah i menapak ke OU atau isetan KLCC nak cari Zara ni...
    actually, city mall ni bukan kat jalan utama
    siapa yang tak biasa mungkin akan sesat atau tak jumpa
    tapi i hari2 lalu depan tu sebab jalan menghala ke office...
    memang dok tunggu bila nak opening..tapi bila dah opening, sekali je pegi sebab ramai sangat orang... tak koserrr dan pening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah macam-macam kedai dah buka NP. Janji duit disediakan dengan kadar yang secukupnya. Hehehe :)

      Delete
  7. ohoooo menariks...
    semlaam lalu gak tesco setia alam tu tapi tak nampak pun bangunan mcm shopping mall .. kena terus kedalam lagi rupanya ye ...

    bilalah shopping mall beso2 gitu nak bukak kat "kampung" kita ni cik reena? heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... baguslah shopping complex bear-besar ni jauh sikit dari 'kampung' kita ni mak encik. Kalau tak nayo jadinya :)

      Delete
  8. Heee dekat je dengan saya masa saya tinggal di shah alam hari tu, tapi belum berkesempatan lagi nak pergi. yang penting, ada daiso! Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Daiso tu memang list penting kalau pergi shopping complex mana-mana pun dear :)

      Delete
  9. ok k....
    haritu i gi situ gak...
    tapi kan...
    punyalah ramai umat...
    walopun masa tu 2nd floor lum bukak pun lagi...
    dah byk kedai buka nie...
    leh gak gi skali lagi bebila nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standardlah kan kak, shopping complex baru buka. Confirm semua serbu nak tengok apa yang ada. Lepas dua, tiga bulan normallah balik keadaannya kecuali bila datang waktu sales. Hehehe :)

      Delete
  10. hehehe wow, how large is the shopping mall! to me, fun comes naturally when it comes to window shopping/shopping at shopping mall. anyway i like to see you wearing such beautiful polka dot skirt. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping untuk perempuan memang seronok aje Farra. Hehehe :) Anyway, thanks dear!!

      Delete
  11. yehaaaaaa.....i pun dah sampai sana 3 minggu lepas ..masa sampai2 tu mmg rasa nak melompat2 sbb kedai2 yg best ade kat situ... :) xyah g jauh2 sampai MV or OU dah nak shopping... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan kita. Rasa excited macam tak pernah jumpa shopping complex pun iye jugak. Hahaha!!

      Delete
  12. dekat dengan rumah pakcik akak ni kat cahaya spk..
    harus terjah bila2 ni..;)

    ReplyDelete
  13. Wah, kak reena walaupun cbuk ngan keje n family tapi still update ngan shopping complex ni.. baguslah akak nie..
    MPH Bookstore and Daiso.. heee suke2..
    bilalah shopping mall besar2 ni nak bukak kat taiping -_-'
    Last but not least, kak reena cun as always :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai macih awak yang comel sentiasa jugak. Tulah kadang-kadang ada jugak perasaan malas nak update. Hahaha... tapi sebab fikirkan jurnal blog ni untuk hari tua dan anak-anak nanti dan kawan-kawan yang selalu tanya khabar. So cepat-cepat tanam balik semangat :)

      Delete
  14. banyak naaa soping komplek..dah tak tau mana satu nak pi...tp leh masuk checklist ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping jangan tak shopping Posh. Hehehe :)

      Delete
  15. MPH pun ade...ohsemlah setia city MALL ni...

    ReplyDelete
  16. kalau duit menimbun pergi sopink complex hari2 lagi gagah. hahaha

    ReplyDelete
  17. tempat ni mmg best.. byk butik. hahaha. jom join giveaway wani... tak perlu buat entri pun.. senang! meh meriahkan GA wani :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)