Blogger templates

Sep 18, 2012

2013 Ikea Catalogue / Katalog Ikea 2013

Sebagai antara berjuta peminat susah mati / die hard fan Ikea diseluruh dunia, I mestilah teruja nak tengok apa koleksi terbaru yang akan muncul dalam 2013 Ikea Catalogue / Katalog Ikea 2013. Sepanjang bulan Julai 2012 ini, Ikea dah mewar-warkan mengenai kemunculan sesuatu yang besar di gedung mereka. Eee... tak sabarnya nak tahu apa benda yang hebat dan besar sangat yang akan muncul di Ikea nanti? Katil Ultraman ke? Atau Kerusi Raksasa ke? (ok, serius tak lawak!)

So, setiap hari, i menghitung detik-detik yang berlalu sambil mengharapkan seseorang gantungkan Katalog Ikea 2013 yang baru depan pagar rumah i (hahaha... macam tunggu Santa Claus Ikea pulakkan?) Hah... kalau korang nak tahu, nilah kelebihannya kalau duduk area / kawasan Lembah Klang (macam mana pun untuk sesiapa yang duduk Lembah Klang tapi tak terima Katalog Ikea 2013 errr... tu i tak pasti kenapa. Mungkin Santa Claus Ikea tak larat nak jalan jauh-jauh kot. Hehehe...). Seronoknya i tak perlu rebut-rebut nak ke Ikea untuk dapatkan Katalog Ikea yang terbaru, Katalog Ikea yang datang sendiri ke rumah i (ecehhh... eksyen la tu. Hehehe).

Untuk pengetahuan korang, tepat tarikh 9 September 2013, Ikea Malaysia dah mula mengedarkan katalog barunya. Jadi untuk korang yang pergi ke Ikea dan nak dapatkan sendiri Katalog Ikea 2013, cepat-cepatlah berlari ke bahagian Customer Service / Pusat Khidmat Pelanggan Ikea sebelum kehabisan stok. Katalog Ikea 2013 mengandungi 328 muka surat berwarna-warni dan disertakan dengan aplikasi menarik untuk smart phone. Di mana korang boleh unlock pada bahagian tertentu muka surat Katalog Ikea ni untuk dapatkan extra content / kandungan tambahan. Seronokkan? Cuma i perasan saiznya dah dikecilkan sikit berbanding dulu.

Bagi pengguna Android dan iOS (iPhone / iPad) pula, korang boleh muat turun / install secara terus Ikea Catalogue Application melalui aplication store masing-masing. Lepas ni dalam bas ke, kereta ke, atau sambil berjalan-jalan ke rumah jiran tetangga ke, korang tetap boleh belek Katalog Ikea di mana-mana sahaja (walaweh!) Sambil-sambil tu show-off la barang-barang Ikea yang baru dekat kawan-kawan korang yang lain.

Manakala untuk korang yang belum berpeluang dapatkan Katalog Ikea 2013 dan juga tak boleh nak muat turun aplikasi Katalog Ikea, korang janganlah sedih-sedih ye. Apa kata korang melawat terus ke laman web / website Ikea ---> http://www.ikea.com/my/en/. Malah pelbagai info menarik juga akan korang perolehi dekat situ tau (hah... dah tak sedih lagikkan?) Lepas tu korang duduklah termenung sorang-sorang sambil membayangkan rumah korang dipenuhi dengan barang-barang Ikea (eh-eh... macam i je ni).

Kepada kawan-kawan instagram i, mesti korang dah tengok gambar produk terbaru Ikea yang i letakkan dekat bawah ni kan? Kalau korang nak tahu kesemua produk baru / new product ni diberi nama IKEA PS 2012. Dan dalam banyak-banyak produk IKEA PS 2012, i paling berkenan dengan glass-door cabinet yang pintunya bentuk frame gambar tu. Tapi sayangnya harga glass-door cabinet ni buat i fikir 5 juta kali nak membelinya (duhhh... nampak gayanya, lamalah i nak kena menabung). Apa yang menarik dan tertarik untuk produk IKEA PS 2012 ni ialah ciri-ciri multi-function, save space (jimat ruang) dan kreativitinya (satu barang tapi boleh buat macam-macam). Jadi, untuk sesiapa yang berkemampuan bolehlah korang rembat cepat-cepat mana-mana produk IKEA PS 2012. I nak tunggu sampai Ikea turunkan harga boleh? Hehehe...

Taraa!!! Katalog Ikea 2013


NEW IKEA PS 2012 COLLECTION

Bench with shoe storage RM149.00 / setiap satu
Chest of 5 drawers RM1,199.00 (Bahagian bawah yang pintu besar tu)
Glass-door cabinet RM1,499.00
Plant stand with 3 plant pots RM129.00

p/s : Ikeaku, Rumahku (slogan tak boleh blah! Hahaha).

20 comments:

  1. Baru-baru ada ternampak katalog Ikea 2013 tetapi belum sempat belek lagi. :-)

    ReplyDelete
  2. menarik semua barang-barang kat IKEA ni, harga pun boleh tahan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun tapi kalau waktu sales lagik best tau! :)

      Delete
  3. Nak dptkan info about Ikea blh cari Reena lah..hehe..

    ReplyDelete
  4. Cantik plant stand tu tapi harganya, berpinar bijik mata.

    Boleh beli online ke? Maklumlah akak dah dok kat Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh... tapi Ikea ni bestnya semua range harga kan kak. Macam mana pun untuk online rasanya memang takdelah kak. Alahai kesian akak :(

      Delete
  5. sesuai la reena jd duta ikea..
    tp barang2 dia memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap masin lah mulut FAR. hahaha!!

      Delete
  6. dah macam duta ikea plak..hehee..
    wakil ikea..silabaca blog reena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Duta kecik Ikea je Cik Anie :)

      Macih!!

      Delete
  7. untung dok area sana..
    pernah sekali jeberkunjung ke ikea...
    tu pun beli brg2 kecil je.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah :) Dulu-dulu pun selalu berangan nak duduk sebelah rumah dengan Ikea. Sekarang ni walaupun tak sebelah rumah tapi boleh lah jugak singgah Ikea hari-hari :)

      Delete
  8. :D Banyak idea menarik untuk memaksimumkan penggunaan ruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh... maklumlah rumah dekat Malaysia ni pun kecik-kecik je :)

      Delete
    2. Rumah besar ada. tapi duait pun besar..hehe :)

      Delete
    3. Rumah besar ada tp duit pun besar..hehe

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)